Ditegur Netizen Supaya Bertudung Sempurna, Ini Reaksi Selamba Paling Mengejutkan Dari Zarina Anjoulie..



Ramai yang terharu melihat perubahan imej pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah yang bertudung selepas mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya, yang merupakan seorang warganegara Brunei.

Walaupun telah bercerai dengan bekas suaminya itu pada penghujung tahun 2016, dia tetap mengekalkan imej bertudung sehingga kini.

Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, peminat Zarina masih lagi boleh mengikuti perkembangan terkini pelakon ini melalui akaun Instagram miliknya. Malah, namanya agak kerap menjadi sebutan kerana lantang bersuara di media sosial.

Terbaru, melalui akaun Instagram miliknya, pelakon yang suatu ketika dahulu seringkali dihimpit dengan gosip liar ini telah mengucapkan rasa terharu dan berterima kasih kepada individu yang menegurnya secara tertutup mengenai imejnya.

Individu yang tidak didedahkan identitinya itu menegur Zarina untuk memakai tudung dengan sempurna dan tidak mendedahkan sebahagian rambutnya.



Zarina menerima terguran tersebut dengan baik dan mengakui yang teguran tersebut perlu bagi mengingatkan diri yang kadang kala terleka dan lalai.



Dalam pada itu, ramai yang turut terharu dan memuji cara individu yang menegur Zarina dengan berhemah dan penuh lemah lembut.




Individu tersebut memang selayaknya mendapat pujian atas usahanya tersebut. Kalau teguran tersebut disampaikan secara lembut sudah pasti orang yang ditegur pun dapat menerima dengan baik, kan? -CARI



Sumber Ditegur Netizen Supaya Bertudung Sempurna, Ini Reaksi Selamba Paling Mengejutkan Dari Zarina Anjoulie..

0 Response to "Ditegur Netizen Supaya Bertudung Sempurna, Ini Reaksi Selamba Paling Mengejutkan Dari Zarina Anjoulie.."

Post a Comment