Tudung Hilang, Sherry Ibrahim Alami Kerugian RM35,000

Tudung Hilang, Sherry Ibrahim Alami Kerugian RM35,000
Pelakon Sherry Ibrahim akui reda apabila mengalami kerugian hampir RM35,000 setelah tiga kotak tudung jenamanya, Sherry Scarves hilang ketika dalam perjalanan ke Brunei.

Menurut Sherry, sekurang-kurangnya terdapat 312 helai tudung dalam ketiga-tiga kotak yang hilang itu dan tudung-tudung tersebut adalah untuk dijual sempena acara Letop Lebaran 2018 yang diadakan di Brunei.
Reda dengan apa yang berlaku.
“Baru 2 minggu lepas 8 handphone dalam office kene curi. Hari ini another kes.

“Sedih dah redha dengan apa yang berlaku hari ini. Petang tadi dapat call dan diberitahu 3 kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung SherryScarves HILANG dalam perjalanan!

“Dan yang kotak-kotak selebihnya semua dalam kedaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35K (Jumlah scarves sebanyak 312 Helai).
Sherry tak mudah putus asa.
“It’s okay, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team SherryScarves. Tak semua yang sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal. Mungkin itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang.

“Sedih memang sedih tapi apa-apa pun Sherryscarves akan bawak stock yang cukup untuk orang-orang Brunei sempena event Letop Lebaran 2018 dalam beberapa hari.
Anggap sebagai cabaran dan dugaan perniagaan.
“I tak nak sedih-sedih and down sebab pertama kali nak ke Brunei dan perasaan teruja lebih dari nak tiba-tiba sedih. Lagipun saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"ALLAH sayang kita bila DIA sentiasa uji kita. WE WILL NOT GIVE UP! Go @sherryscarves!” tulisnya di akaun Instagram semalam.

Sherry juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
 

Sebelum ini, pejabat operasi Sherry Scarves di Gombak telah dipecah masuk dan Sherry kehilangan 9 biji telefon pintar yang menyimpan maklumat pelanggannya.
 

Sumber Tudung Hilang, Sherry Ibrahim Alami Kerugian RM35,000

0 Response to "Tudung Hilang, Sherry Ibrahim Alami Kerugian RM35,000"

Post a Comment