‘Tak mengundi, tapi lepas tu sibuk post video dengan Tun Mahathir’ - Netizen

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada kali ini menyaksikan pelbagai kejadian yang berlaku. Kuasa media sosial juga telah menghubungkan pengundi Malaysia yang berada di luar negara dengan mengatur satu 'gotong royong’ mengumpul sebanyak mungkin kertas undi untuk dibawa pulang. 
PRU14 pada kali ini juga membawa khabar berita sedih apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk mengundi tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Selain itu juga terdapat individu yang bertengkar dan bergaduh dengan Pasukan FRU kerana dihalang untuk mengundi. Kejadian-kejadian ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat yang bertanggungjawab menjalankan kewajipan kepada negara. 
Baru-baru ini tular di media sosial netizen memerli ada segelintir artis-artis yang tidak keluar mengundi. Tatkala artis-artis lain memuat naik foto jari mereka dicelup dengan dakwat kekal selepas PRU14, netizen pula mempersoalkan mengapa pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berbuat demikian. Faktor kekangan kerja dikatakan antara sebab mengapa mereka tidak dapat mengundi.
"Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi.” Katanya kepada Astro Awani.
"Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.
"Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat," kata Hanis.
Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang.
"Kami akan memastikan yang pada lima tahun akan datang, kami akan mengundi nak menunaikan kewajipan sebagai seorang pemilih serta rakyat Malaysia.
"Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang," katanya lagi.
Walaupun alasan telah diberikan, namun netizen berpendapat alasan tersebut tidak relevan. Netizen merujuk kepada beberapa orang artis seperti pasangan Sha dan Awal Ashaari yang sempat mengundi walaupun terlibat dengan pengambaran.  
Selain itu juga, netizen juga mempersoalkan Hairul yang melakonkan watak cintakan negara di dalam filem Paskal tetapi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.




Sumber ‘Tak mengundi, tapi lepas tu sibuk post video dengan Tun Mahathir’ - Netizen

0 Response to "‘Tak mengundi, tapi lepas tu sibuk post video dengan Tun Mahathir’ - Netizen"

Post a Comment