'Sebab mak ang tak pernah pukul lah hang jadi barua macam ni' - Sharnaaz jawab teguran Instafamous Faiz Roslan

Nama Faiz Roslan menjadi sebutan ketika ini apabila video parodi yang dimuat naik ke laman sosial, ditegur oleh pendakwah muda, Da’i Wan. Setelah menerima teguran dan juga kecaman netizen, dia telah memohon maaf dan memadamkan video tersebut. 
Walaubagaimanapun dia telah memuatnaik satu status yang mengatakan dia tidak bersetuju dengan cara seorang selebriti tempatan yang membuat teguran berbaur ugutan kepadanya melalui Twitter. 
"Saya cuma ingin menegur sedikit tidak mahu sebut nama lah, mungkin dia artis, penyanyi, pelakon. Tapi cara awak tegur saya di Twitter seperti mengugut saya, seperti nak pukul.”
"Sedangkan mak saya tidak pernah memukul saya, siapakah anda nak berbuat demikian?" tulis Faiz.  
Faiz mengakui kesilapannya kerana menghasilkan video parodi tersebut dan memohon maaf kerana video tersebut dimuat naik pada waktu yang tidak bersesuaian. Dia juga meminta agar mana-mana pihak yang memiliki video tersebut agar memadamkannya walaupun pada asalnya dia dan rakan-rakannya yang membuka aib sendiri. Dia juga berjanji tidak akan memuat naik video yang tidak senonoh lagi.
"Kepada yang masih nak buka cerita pasal video berkenaan, terpulang. Cuma di bulan baik ini (Ramadan), tidak perlulah nak membenci atau membuka aib sesama manusia," ujarnya.
Difahamkan, selebriti yang dimaksudkan oleh Faiz itu adalah Sharnaaz Ahmad. Melalui status yang dimuat naik di Twitter, Sharnaaz membalas kenyataan yang dibuat oleh Faiz. Sharnaaz berkata kerana tidak dipukul ibunya, Faiz berkelakuan sedemikian.
“Sebab mak ang tak pernah pukul lah hang jadi barua macam ni. Kurang ajar sampai tahap macam ni. Takpa mak ang tak mau pukoi, ramai lagi beratoq nak pukoi hang. Ancaman? Ikut hang lah bak macam mana. Sekali lagi confirm aku sebat hang. Pi report burung.”
Sebelumnya, Sharnaaz dengan lantang mengutuk perbuatan Faiz yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramadhan.
“Sekali lagi aku nampak video video Faiz yang kurang ajar dan menghina bulan ramadhan, aku akan pastikan aku demah hang ni 3 sumu maut, takat dok dalam 3-4 hari sebab buat kebaikan aku sanggup demi menjaga bangsa pondan macam ni. Ingat ya Faiz, kalau cakap tak jalan, aku cari hang.
“Bukan buat video menari tiang. Hang tu jantan bukan betina. Kalau teringin sangat jadi betina, pi Thailand kerat buang bagi anjing makan, tu pun kalau dia lalu. Kawan-kawan yang dok support dia buat video sama sama dilaknat Allah. Lagi sekali aku dengaq hang menjawap, hang jaga Faiz.” tulisnya. 


BERITA BERKAITAN:


Sumber 'Sebab mak ang tak pernah pukul lah hang jadi barua macam ni' - Sharnaaz jawab teguran Instafamous Faiz Roslan

0 Response to "'Sebab mak ang tak pernah pukul lah hang jadi barua macam ni' - Sharnaaz jawab teguran Instafamous Faiz Roslan"

Post a Comment