KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalankan siasatan menyeluruh bagi menyelesaikan kes kematian gajah Pygmy Borneo yang berterusan di negeri ini.
Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri tidak memandang ringan isu berkenaan, tambah-tambah lagi apabila pesalah masih belum dapat dikenalpasti.
"Saya sedar, kerajaan sebelum ini melakukan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah ini, tetapi nampaknya ia masih terus berlaku.
"Saya tidak hanya akan mengungkapkan masalah ini melalui bibir sahaja tetapi ia akan disusuli dengan tindakan, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan individu mahupun pihak yang terbabit dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Mohd Shafie juga menyeru agar Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk mencari langkah penyelesaian berhubung isu ini.
"Saya juga telah mengarahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Christina Liew, untuk mendapatkan penerangan berhubung isu ini dan mencari langkah penyelesaian segera," katanya.
Untuk rekod, kes terkini kematian gajah di Sabah berlaku pada Sabtu lalu, di mana seekor anak gajah Pygmy Borneo dalam lingkungan tiga atau empat tahun ditemui mati di Sungai Kinabatangan.
Punca kematiannya masih belum dikenal pasti.
Sumber
Shafie tekad siasat kes kematian gajah Pygmy Borneo
Related Posts :
Dua beradik kayuh basikal hampir 5 jam nak lawat bapa di penjara, namun hampa bila sampai dah bukan waktu melawat
Dua beradik kayuh basikal hampir 5 jam nak lawat bapa di penjara, namun hampa bila sampai dah bukan waktu melawat
Pada Ahad lalu, dua ad… Read More...
Bangsa Melayu berasal dari Orang Asli, hasil kajian penyelidik dan pakar pelbagai bidangKuala Lumpur: Sekumpulan penyelidik dan pakar pelbagai bidang mendapati bangsa Melayu memang asal usulnya hasil evolusi Orang Asli, sekali g… Read More...
Tak Sampai Sejam Nikah, Wanita Ini Diceraikan Talak Tiga Depan Orang RamaiSejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.
Seorang juru foto gambar perkahwinan yan… Read More...
Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosakPELAJAR lelaki menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas doktor mengesahkan otot pehanya koyak dan ada tisu rosak selepas dide… Read More...
“Tahniah Puan Sri Mawar!” – Zizie Ezette umum hamil anak kembarPELAKON, Zizie Ezette berkongsi khabar gembira apabila kini hamil anak kembar selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
“T… Read More...
0 Response to "Shafie tekad siasat kes kematian gajah Pygmy Borneo"
Post a Comment