BUKIT KAYU HITAM: Pihak berkuasa di negara ini mempertingkatkan kawalan pemeriksaan di sempadan Malaysia-Thailand sebagai langkah keselamatan susulan kejadian letupan bom di selatan Thailand, semalam.
Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Mohd Khairi Abdullah berkata, pemeriksaan rapi akan dilakukan ke atas kenderaan yang masuk dari negara oleh anggota bertugas.
Menurutnya, pemeriksaan itu bertujuan untuk mengelakkan berlaku kemasukan bahan letupan atau penyeludupan haram dari negara jiran.
"Ekoran daripada letupan bom ini kita telah mengarahkan anggota yang bertugas sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan membuat pemerhatian serta pemeriksaan yang lebih kepada kenderaan-kenderaan mencurigakan termasuk di bulan ramadan.
"Pemeriksaan rapi itu juga akan mengekang usaha mahupun tindakan menyeludup barangan terlarang seperti mercun dan beras pulut," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam serangan semalam, beberapa bahan letupan diletakkan di beberapa mesin ATM dan cawangan bank di sekurang-kurangnya 14 lokasi di empat wilayah termasuk Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla..
BACA: 20 bom gegar selatan Thailand


Sumber
Kawalan sempadan di Bukit Kayu Hitam dipertingkat
Related Posts :
Bagi Izin Kahwin Lain & Ajak Beli Barang Meminang, Suami Janji Adil Pada IsteriTidak dinafikan poligami ini adalah yang paling tidak dibenci oleh wanita yang bergelar isteri. Siapa yang sanggup kan bermadu dan berkongsi… Read More...
“Anggap Itu Us1kan, Gurauan Manja Saja,” – Susulan Duet Dengan Shuib Viral, Ini Ulas Siti Nordiana“Peninglah.” Itu kata ringkas penyanyi popular, Siti Nordiana apabila ada peminat yang cuba ‘menyatukan’ dirinya dengan usahawan, Shuib susu… Read More...
Gur4u tak boleh tunjuk muka Bilal, Nabil diketvk Neelofa guna mikrofonSet program MeleTOP bertukar meriah selepas pengacara asalnya, Neelofa menjadi tetamu sekali gus bertemu dengan hos tetap Nabil Ahmad yang d… Read More...
Ramai puji budak umur 7 tahun tak guna ‘kelebihan’ anak bongsu, gigih menabung demi sebuah basikal walau kakak mampu beliSIAPA sahaja yang tidak mencembvrui kelebihan yang sering diperolehi anak bongsu?
Setiap yang diminta pasti akan dapat, sama ada diberikan i… Read More...
Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin, netizen harap tak tampal ‘sticker’ pada wajah anakMELUAHKAN rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama, suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir menerusi satu perkongsian berjanji akan menjadi i… Read More...
0 Response to "Kawalan sempadan di Bukit Kayu Hitam dipertingkat"
Post a Comment