Nabila, 34, berkata, dia hanya memakai kanta lekap tersebut jika tidak dibenarkan memakai cermin mata ketika bekerja.
"Saya paling benci pakai contact lens warna-warni sebab rasa macam plastik sangat muka, kecuali kalau kerja tak boleh pakai cermin mata rabun dan kena pakai 'lens' yang ada warna sebab penah ada kejadian yang transparent tu hilang dalam mata hampir seminggu," ujarnya.
Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil ini berkata, dia juga tidak pernah mengambil ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk mendapatkan kulit yang cerah.
Selain itu, anak kepada penyanyi legenda Amy Search ini berkata, dia juga tidak memutihkan gigi, mencabut bulu kening dan memancungkan hidung bagi menambah kecantikan yang dimilikinya.
"Saya tak buat 'crowning' gigi bagi putih, saya tak 'pluck my eyebrows', saya tak pakai produk kat muka, saya tak makan makanan tambahan, saya tidak bersenam dan ini hidung Pak Amy ok!," katanya.
Pelakon Dendam Aurora ini juga menyenaraikan beberapa perkara yang tidak dilakukan semata-mata untuk tampil menarik di mata masyarakat.
Dia memberitahu bahawa setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri dan tidak perlu mempunyai rasa rendah diri.
"Jadi korang kena berhenti rasa tidak yakin pada diri sendiri? Semua wanita sangat cantik! Be confident! Jangan cuba jadi orang lain," katanya.
Sumber "Saya paling benci pakai kanta lekap warna-warni muka nampak plastik"
0 Response to ""Saya paling benci pakai kanta lekap warna-warni muka nampak plastik""
Post a Comment