Kesilapan Najib, punca negara tanggung hutang lebih RM1 trilion

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan negara menanggung hutang lebih RM1 trilion akibat kesilapan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Menurut beliau, hutang negara sebelum ini tidak pernah lebih dari RM300 bilion, namun di bawah pentadbiran Najib selama 9 tahun, hutang negara meningkat lebih dari RM1 trilion. 
"Kita mendapati kewangan negara, sebagai contoh, telah dicabul hingga menyebabkan kita menghadapi masalah menyelesaikan hutang yang telah meningkat trilion ringgit. 
"Kita tidak pernah berdepan perkara seperti ini sebelumnya. Hutang kita sebelum ini tidak pernah lebih daripada RM300 bilion. Tetapi sekarang ia meningkat kepada RM1 trilion," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam pertemuan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pagi tadi. 
Tun Dr Mahathir yang baru menjawat jawatan Perdana Menteri itu telah mengumumkan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar bermula 1 Jun ini, sementara menunggu sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan diperkenalkan semula. 
Selain itu, beliau juga berjanji akan memperkenalkan semula subsidi bahan api sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 


Sumber Kesilapan Najib, punca negara tanggung hutang lebih RM1 trilion

0 Response to "Kesilapan Najib, punca negara tanggung hutang lebih RM1 trilion"

Post a Comment