(Video) 'Mengapa masih berdendam, seksa dan kacau kehidupan kami?' - Elly Mazlein kesal bekas suami cuba penjarakannya

"Azmi sangat kejam," demikian tulis penyanyi dan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina, 37, yang mendedahkan bekas suaminya itu cuba memenjarakannya kerana didakwa tidak bertanggungjawab terhadap anak mereka.

Bagaimanapun usaha Azmi Hatta itu gagal apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di bulan yang mulia, saya mendapat keadilan. Syukur Alhamdulillah, mahkamah menolak tuntutan Azmi Hatta untuk penjarakan saya. Salah satu alasan Azmi adalah, Azmi kata saya ibu yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia. 

"Azmi sangat kejam, punya impian nak memisahkan saya dengan manja. Tak tahulah bila agaknya Azmi nak move on. Sepatutnya ikut akal logik, sayalah yang lebih patut berdendam sebab Azmi sudah bernikah, dah ada baby dan keluarga yang sempurna. 
"Kalau nak dibandingkan dengan saya selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah. Hanya ada Sefhia dan menjaga abah. Mama dah meninggal. Mereka lebih sempurna tetapi mengapa masih berdendam dan tak habis-habis nak menyeksa dan mengacau kehidupan kami tiga beranak? 
"Tak apa, dugaan untuk saya. InsyaAllah saya tidak akan mengalah. Selepas ini saya akan usahakan pula, nak usulkan cadangan untuk meminta pihak produksi yang Azmi sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memootng gaji Azmi setiap bulan untuk pembayaran nafkah Sephia yang hanya RM1,500.
"Azmi wajib memberi nafkah kepada Sefhia. Saya beryukur dan saya mampu menyara Sefhia dengan rezeki yang Allah bagi ini. InsyaAllah. Cuma saya nak Azmi bertanggungjawab kepada Sefhia. Itu duit Sefhia, hak dia. 
"Semoga kisah saya ini menjadi iktibar buat semua. Terima kasih buat Encik Mahyuddin selaku peguam saya yang telah menjalankan tugas dengan baik. Syukur rezeki kita. 
"Buat Azmi, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh. Tetapi bayarlah nafkah anak. Sudahlah duit hantaran nikah dulu pun saya tak dapat. Duit iddah selepas bercerai pun tak dapat. Tetapi saya tak kisah, saya halalkan. 
"Tetapi duit manja kau jangan buat hal. Aku painggil #hanani=rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau, baru kau tahu," tulis Elly di Instagramnya empat jam lalu. 


Sumber (Video) 'Mengapa masih berdendam, seksa dan kacau kehidupan kami?' - Elly Mazlein kesal bekas suami cuba penjarakannya

0 Response to "(Video) 'Mengapa masih berdendam, seksa dan kacau kehidupan kami?' - Elly Mazlein kesal bekas suami cuba penjarakannya"

Post a Comment