Jodoh Moyes dan West Ham bertahan hanya enam bulan

MISINYA ketika dilantik adalah bagi menyelamatkan West Ham dari zon penyingkiran.

David Moyes melunaskan cabaran itu dengan melonjakkan The Hammers ke tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Enam bulan bersama West Ham, Moyes merekodkan sembilan kemenangan dan 10 seri daripada 31 perlawanan.

Namun itu belum mampu mengukirkan senyuman pada wajah pemilik kelab itu yang memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bekas pengurus Everton dan Manchester United itu.

“Ketika David dan pasukannya tiba, kedua-dua pihak setuju untuk beri tumpuan hanya untuk enam bulan sehingga penghujung musim.

“Kami rasakan ini masa terbaik untuk kita berganjak ke arah yang berbeza,” kata pengerusi bersama West Ham, David Sullivan.

Turut mengikuti jejak Moyes tiga pembantunya Alan Irvine, Stuart Pearce dan Billy McKinlay berkuat kuasa serta-merta.

Dalam reaksinya Moyes agak kecewa kerana segala usahanya bagaikan tidak dihargai West Ham.

“Saya tidak tahu jika ada sesiapa yang mampu melakukan perubahan besar dalam tempoh enam bulan. Malah Pep Guardiola pun mengambil masa untuk membentuk pasukan,” luah Moyes.

Moyes menyertai West Ham dengan kontrak jangka pendek pada November lalu susulan pemecatan Slaven Bilic.



Sumber Jodoh Moyes dan West Ham bertahan hanya enam bulan

0 Response to "Jodoh Moyes dan West Ham bertahan hanya enam bulan"

Post a Comment