'Gani Patail dipecat ketika sediakan kertas pertuduhan terhadap Najib' - PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendedahkan, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat pada waktu pagi ketika Abdul Gani sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor MalaysiaKini. 
Tun Dr Mahathir mendedahkan perkara itu kepada media hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Gani semalam. 
"Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya. 
"Dia (Gani) dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya," katanya. 
Sebelum dipecat, Gani mengetuai pasukan khas yang menyiasat dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Najib dan kes SRC International. 
Bagaimanapun, Abdul Gani kemudian 'diberhentikan' dengan alasan mengalami masalah kesihatan dan diganti oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Selepas beberapa tempoh berkhidmat, Apandi menegaskan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dan menolak dakwaan itu sebagai palsu. 
Najib mendakwa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya itu adalah derma daripada keluar diraja Arab Saudi. Namun, siasatan antarabangsa mendapati bahawa wang itu mungkin berasal dari 1MDB. 
Najib menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi. 



Sumber 'Gani Patail dipecat ketika sediakan kertas pertuduhan terhadap Najib' - PM

0 Response to "'Gani Patail dipecat ketika sediakan kertas pertuduhan terhadap Najib' - PM"

Post a Comment