Jimin BTS Terima Ancaman Bunuh

Anggota kumpulan BTS (Bangtan Boys), Jimin menerima ugutan bunuh daripada individu menerusi laman akaun media sosial baru-baru ini.

Lebih menakutkan, menerusi status yang dimuat naik itu menyatakan Jimin akan ditembak pada konsert yang akan berlangsung di Fort Worth, Texas pada 16 September ini.

Pihak polis setempat sudah mengetahui mengenai ancaman tersebut dan sedang menjalankan siasatan.

"Kami tahu benar ada ancaman yang ditujukan kepada BTS di konsert mereka pada September ini. Saat ini kes tersebut sedang dalam proses siasatan," ujar pihak polis Fort Worth menerusi Twitter.

Sementara itu, pihak pengurusan BigHit Entertainment tidak memandang remeh perkara tersebut. Sebagai agensi, mereka akan memastikan kawalan keselamatan bukan saja Jimin malah anggota BTS yang lain sepanjang berlangsungnya konsert nanti.

"Sama ada ugutan itu benar atau tidak, kami akan melakukan yang terbaik dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan BTS dan para peminat.

"Kes yang sama pernah terjadi sebelum ini. Kami ketika itu melakukan persiapan dan langkah keselamatan dan kawalan ketat.

"Kami akan tetap melakukan persiapan konsert sambil mengawasi situasi ini," beritahu wakil agensi tersebut.

Selain Jimin, BTS dianggotai V, Suga, Jin, Jungkook, RM dan J-Hope.



Sumber Jimin BTS Terima Ancaman Bunuh

0 Response to "Jimin BTS Terima Ancaman Bunuh"

Post a Comment