Menerusi entri terbaru di akaun Facebook miliknya, selebriti berusia 51 tahun ini ada memuat naik sebuah video yang menggambarkan mengenai ragam netizen @ 'Malaysian-isms' yang suka memperkatakan mengenai sesuatu topik walhal apa yang diperkatakan itu kurang difahami oleh individu itu sendiri malah kurang tepat dari segi informasi.
"Terutamanya apabila tiba musim perlawanan bola sepak (atau terutamanya seperti situasi sekarang, sebelum pilihan raya) Kita cakap macam kita memang pakar topik tersebut - padahal kita dapat maklumat dari post kat FB jer," tulisnya dan turut disertakan dengan simbol emoji senyum lebar.
Harith, antaranya memberi contoh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Dalam pada itu, Harith yang pernah dinobat sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia 2016 turut berkata, kadangkala beliau tidak dapat menahan gelak apabila mendengar perbualan di kedai mamak atau membaca entri-entri di laman sosial oleh netizen yang beriya-iya berlagak seperti seorang pakar.
"Kalau kita bukan expert jangan kita nak berlagak macam kita expert.
"Jadi lain kali jangan saja share (kongsi) apa-apalah kecuali kita tahu dan pasti benda tu betul.
"Kita make sure (pastikan) benda tu sahih. Kita make sure info tu boleh pakai," pesannya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya. Ada yang bersetuju dan ada yang memberi komen kurang bersetuju dengan gambaran yang diberikan Harith mengenai isu GST.
Tidak kisah sama ada anda sependapat atau tidak dengan Harith,. Tapi paling penting mesej di sini adalah untuk menasihatkan netizen supaya jangan berlagak pakar kononnya terlalu bijak atau terlalu gelojoh menyebarkan apa saja info mengenai satu-satu isu semasa selagi tidak pasti kesahihannya.
Sumber Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan 'Expert'
0 Response to "Harith Iskander Pesan Jangan Berlagak Kalau Bukan 'Expert'"
Post a Comment