Tindakan sewajarnya akan dikenakan termasuk kemungkinan buang kerja - Ketua Polis Johor

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd menegaskan, tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang kelihatan 'mesra' dengan seorang wanita yang dipercayai pelacur ketika bertugas di Segamat, lapor mStar Online. 
Beliau berkata, setelah membaca komen-komen netizen mengenai tingkah laku anggota polis yang digambarkan dalam gambar viral itu, tindakan yang sewajarnya akan dikenakan termasuk kemungkinan dibuang kerja selepas siasatan selesai dijalankan. 
"Terdapat dua anggota polis di dalam kereta tersebut dan kita menyiasat kedua-duanya," katanya ketika ditemui semasa lawatan rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, hari ini. 
Terdahulu, wanita yang memuat naik gambar tersebut di akaun Instagramnya menafikan dirinya adalah wanita seksi dalam gambar viral itu dan meminta netizen bertenang dari terus menyerangnya di Instagram.

Dua anggota berkenaan juga telah dikeluarkan dari unit rondaan sementara menunggu siasatan tatatertib dijalankan bagi mengenal pasti kejadian itu.




Sumber Tindakan sewajarnya akan dikenakan termasuk kemungkinan buang kerja - Ketua Polis Johor

Related Posts :

0 Response to "Tindakan sewajarnya akan dikenakan termasuk kemungkinan buang kerja - Ketua Polis Johor"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect