Guna helikopter angkut peti undi ke pusat penjumlahan undi

KUALA TERENGGANU : Perkhidmatan helikopter  digunakan bagi membawa petugas  bersama peti undi serta peralatan ke dua  pusat pengundian di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata inisiatif  yang julung kali  dilaksanakan itu bagi memastikan pergerakan petugas tidak terjejas ekoran faktor cuaca.

Menurutnya  proses pengundian di kedua-dua pulau berkenaan telah ditutup pada  jam 3 petang.

"Kita mengambil kira bahawa faktor cuaca atau pun faktor keadaan laut. Sekiranya laut bergelora, peti berkenaan inshallah akan sempat sampai ke pusat penjumlahan rasmi undi. Perkara ini tidak boleh kita ambil mudah. " kata Nik Andy.

Seramai 946 pengundi berdaftar  di Pulau Redang manakala 817  pengundi di Pulau Perhentian.

Beliau  berkata proses pengundian juga  berjalanan lancar tanpa dicemari sebarang insiden  tidak diingini.



Sumber Guna helikopter angkut peti undi ke pusat penjumlahan undi

0 Response to "Guna helikopter angkut peti undi ke pusat penjumlahan undi"

Post a Comment