Dua pengundi dipukul kerana disangka warga asing

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan enam lelaki akibat membuat serangan terhadap dua lelaki di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Khalil Mohd Kader mengesahkan kejadian tersebut dan kesemua suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.

Jelasnya, ketika dihubungi Astro AWANI, pergaduhan bermula apabila sekumpulan lelaki tersebut menyerang mangsa kerana mendakwa mangsa bukan rakyat Malaysia selain mendakwa mereka menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi.

Imej dari sebuah video berkenaan kejadian di Taman Johor Jaya. - Sumber: Media Sosial

Pergaduhan berlanjutan apabila mangsa cuba mempertahankan diri sebelum berjaya dileraikan oleh pihak polis yang bertugas di pusat mengundi tersebut.

Jelasnya,  kesemua suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 kerana merusuh dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian tersebut dua mangsa, A Ambiga Pathi, 28, dan abangnya A Ragupathy Raja Ram, 37, terlebih dahulu dihalang hampir 15 individu sebelum dipukul enam lelaki tersebut.

Mangsa merupakan warganegara Malaysia berdasarkan bukti kad pengenalan yang sah, dengan masing-masing beralamat di Taman Johor Jaya dan Ulu Tiram, Johor.



Sumber Dua pengundi dipukul kerana disangka warga asing

0 Response to "Dua pengundi dipukul kerana disangka warga asing"

Post a Comment