Che Ta tak pakai baju 'ulang-tayang' di hari raya

PELAKON Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menyatakan dia sudah menyiapkan baju raya hasil sentuhan pereka baju terkenal, Rizman Ruzaini dan Syafique Aiman untuk sebulan raya.

"Berapa pasang baju raya tahun ini biarlah rahsia. Apa yang pasti cukup untuk raya sebulan dan tidak pakai baju 'ulang-tayang'," jelasnya kepada sebuah portal hiburan.

Bercakap tentang rutin harian di bulan puasa pula, Che Ta, 45, mengakui lebih suka berbuka puasa di rumah kerana memudahkannya untuk mengerjakan solat sunat terawih.

"Lazimnya saya banyak mendapat undangan ke majlis berbuka puasa tetapi anak-anak kalau boleh mahu berbuka puasa di rumah sahaja.

"Kebetulan mereka pun sibuk dengan persiapan nak periksa, jadi kalau berbuka di rumah memudahkan kami nak pergi solat terawih. Kalau berbuka di luar nanti terbatas," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, di bulan ramadan ini juga Che Ta sibuk dengan perniagaannya dan buka 'booth'.

Selain itu, Che Ta bakal muncul dalam program Oh My Family Raya.



Sumber Che Ta tak pakai baju 'ulang-tayang' di hari raya

0 Response to "Che Ta tak pakai baju 'ulang-tayang' di hari raya"

Post a Comment