Serina dakwa bekas suami cuba jauhkan anak-anak dengan dirinya. (Pic: Instagram @serinaredzuawan)
Lama memendam rasa dan menanggung kesedihan, akhirnya pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Serina Redzuawan mendedahkan rasa hati yang terbuku.
Dia mendakwa bekas suaminya, Gavin Edward O'Luanaigh, menyeksa emosi dengan hanya membenarkannya berjumpa dua anaknya, Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6, pada hari minggu.
Mengakui sedang melalui dugaan sangat perit, Serina berkata, Gavin secara perlahan-lahan mula memisahkan dirinya dengan anak-anak, sedangkan masing-masing bersepakat mahu menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri.
“Mungkin ramai yang sudah baca statement yang bapa saya (Chef Wan) keluarkan di Instagramnya. Secara jujur saya tak suka nak mensensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula hal berkaitan anak sendiri.
“Memang sekarang saya melalui dugaan yang perit kerana bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi diri ini sebagai ibu. Gavin dengan sengaja juga memisahkan kasih sayang saya dan anak. Dulu saya boleh jumpa anak setiap hari, sekarang dia hanya benarkan saya berjumpa pada hujung minggu. Itupun sekejap saja.
“Pelbagai alasan dia berikan. Dia sibukkan anak saya dengan aktiviti hingga saya tak berpeluang nak spend masa dengan mereka. Memang kejam apa yang dia buat dan saya bersabar selama ini. Sehinggalah dia telah melanggar perintah mahkamah. Ini sudah melampau. Saya risaukan akidah anak terjejas. Doakan saya dapat ambil semula hak penjagaan anak anak,” kata Serina.
Tambah Serina lagi, dulu dia dan bekas suami sepakat menjaga anak dengan cara tersendiri bagi mengelak emosi mereka terjejas di atas perceraian itu.
“Setiap kali balik sekolah saya boleh jemput dan uruskan hal persekolahan anak. Saya boleh tengok semua aktiviti di rumah dan kerja sekolah termasuk mengaji dengan ustazah.
“Tetapi sekarang, dia tak benarkan saya naik atas rumah dan uruskan hal sekolah anak lagi.
“Semua perjanjian bersama syarat termasuk yang di rekodkan di mahkamah kini sudah dilanggar. Dia ubah undang undang sesuka hati halang saya jumpa anak anak. Sekarang biarlah mahkamah yang menentukan segala-galanya.
“Saya hanya nak pembelaan sebagai seorang ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang Ayah dan anak mereka. Doakan saya dan keluarga. Buat masa ini saya perlukan sokongan semua,” katanya.
Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Walaubagaimanapun, Serina memberikan hak jagaan sementara anak-anak kepada Gavin selepas mereka bersepakat menjaga Tristan dan Isabella dengan cara tersendiri.
Sumber “Dia Cuba Membuli Dan Menyeksa Emosi Saya Sebagai Seorang Ibu” – Serina Redzuawan
0 Response to "“Dia Cuba Membuli Dan Menyeksa Emosi Saya Sebagai Seorang Ibu” – Serina Redzuawan"
Post a Comment