'Bukan kali pertama saya dikutuk, tak terjejas pun' - Neelofa

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, dikritik teruk di media sosial kerana mengayakan persalinan bersaiz besar yang dilengkapi dengan beg pinggang (pouch beg) dalam sebuah acara. 
Biarpun begitu, Neelofa mengaku dia menyukai busana tersebut dan terharu apabila dia menjadi pilihan sebuah label terkemuka (Marc Jacob) untuk mengayakan fesyen tersebut dan tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.
"Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali. 
"Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen," katanya.
Jelas Neelofa, fesyen yang digayakannya itu sudah menjadi aliran untuk musim 2018 di Eropah dan dia tidak janggal menyarung persalinan itu. 
Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep 'cover up'. Kalau kita lihat, perkembangan fesyen di Eropah sudah ke arah itu. Jadi, apabila saya diberi peluang untuk menggayakan persalinan itu, semestinya saya suka.
"Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif," katanya.


Sumber 'Bukan kali pertama saya dikutuk, tak terjejas pun' - Neelofa

0 Response to "'Bukan kali pertama saya dikutuk, tak terjejas pun' - Neelofa"

Post a Comment