Amira Othman dedah lima kriteria bakal suami

MESKIPUN penyanyi, Amira Othman masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun dia tidak keberatan untuk berkongsi kriteria calon suami.

"Saya orangnya bersederhana sahaja yang penting lelaki itu mesti ada kerjaya, menghormati orang tua, penyayang, bertanggungjawab, dan boleh memimpin keluarga.

"Apa pun, jujur saya akui buat masa ini memang belum terfikir untuk bercinta apatah lagi untuk menamatkan zaman solo. Saya ada impian yang belum dicapai," katanya.

Memetik laporan media berlainan, Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 25, menafikan dirinya serik bercinta selepas pernah mengalami kegagalan dalam percintaan dengan Azhar Akademi Fantasia (AF2013).

"Bukan serik, cuma belum lagi bertemu dengan calon pilihan hati. Lagi pun, kerjaya saya masih perlu diberikan tumpuan.

"Kalau boleh, biarlah saya berjaya dalam kerjaya dahulu sebelum memikirkan komitmen untuk berkahwin dan hidup berkeluarga,” katanya lagi.



Sumber Amira Othman dedah lima kriteria bakal suami

0 Response to "Amira Othman dedah lima kriteria bakal suami"

Post a Comment