Adegan terlebih manja Fattah, Fazura secara terbuka dikecam

KETIKA ini nama pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan isteri, Fazura hangat menjadi bualan netizen gara-gara sebuah video tular di media sosial memaparkan adegan terlebih manja di sebuah restoran.

Menerusi video pendek itu menyaksikan Fattah mengucup dahi Fazura.

Pada masa yang sama, Fazura pula memeluk erat pada tubuh pelakon Hero Seorang Cinderella.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan kedua-dua pelakon ini walaupun ikatan mereka sah sebagai pasangan suami dan isteri.

Menurut netizen, Fattah dan Fazura seharusnya tidak terlalu menonjolkan kemesraan mereka di media sosial apatah lagi di tempat yang terbuka.

Fattah dan Fazura selamat di ijabkabul dengan sekali lafaz pada 27 November lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.



Sumber Adegan terlebih manja Fattah, Fazura secara terbuka dikecam

0 Response to "Adegan terlebih manja Fattah, Fazura secara terbuka dikecam"

Post a Comment