Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pada masa sama melihat langkah itu mewujudkan kerjasama dan kesatuan dalam gabungan politik pembangkang.
"DAP terpaksa berkorban untuk Pakatan Harapan dengan menggunakan logo PKR atau Amanah dan PPBM yang juga telah digantung selama 30 hari telah menggunakan satu logo. Malah buat pertama kali juga Tun Mahathir semalam menyarung baju PKR. Ini agak ironi," katanya semasa menjadi tetamu pada program Malaysia Memilih 2018 di Astro AWANI.
Ujarnya, penggunaan hanya satu logo iaitu PKR mengurangkan ketidakpuasan hati antara parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.
Malah, langkah itu sekali gus memberi impak yang besar terutama dalam menarik pengundi pada PRU14."Impaknya begitu besar kerana selama ini kemunculan DAP dalam Pakatan Harapan ini sering diberikan persepsi memperjuangkan agenda Cina. Apabila logo DAP itu dilenyapkan, isu itu tidak timbul lagi dan mereka lebih fokus kepada matlamat bersama dan tidak timbul ada parti pengkhianat, parti baharu," tambahnya.
Beliau memberi contoh Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini pernah meminjam logo parti lain pada PRU13.
Jelas beliau, ia tidak menjadi satu masalah dan boleh diterima umum.
"Bagaimanapun, kini, kita kena akur apa keputusan SPR? Saya ingat SPR mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini. Peranannya sebagai sebuah badan bebas akan beri kesan dan keputusan itu juga bakal beri implikasi yang lain sekiranya berubah," ujarnya.
DAP sebelum ini mengesahkan parti itu tidak akan menggunakan logo roket dalam PRU14 dan ia adalah kali pertama dalam sejarah, logo roket tidak digunakan untuk bertanding dalam PRU.
Selain itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut terpalit dengan masalah apabila dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), menyebabkan parti itu berkemungkinan menggunakan logo parti sekutunya untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Sumber Guna logo PKR lenyapkan persepsi terhadap DAP
0 Response to "Guna logo PKR lenyapkan persepsi terhadap DAP"
Post a Comment