"Berbaktilah Pada Pintu Syurga Selagi Ada Peluang" - Jasmin Hamid

Beri nasihat dan inspirasi buat semua di Instagram. (Pic: Instagram @jasminhamidjh)

Ketika membaca luahan hati Jasmin Hamid di laman Instagram beliau, tanpa sedar airmata menitis di pipi. Pengorbanan ibu dan ayah memang tidak mampu dibalas, namun ketika punya peluang untuk berbakti kepada mereka, jangan sesekali melepaskan peluang itu. Baca luahan hati pelakon berkarisma ini.

"Tahun 2016, Allah telah tamatkan perkhidmatan saya dan adik-adik bila mana Allah menjemput kedua pintu syurga kami mengadapNya.

Dunia kami jadi gelap pada masa itu. Tapi sebagai orang beriman, kita harus redha dengan ketentuanNya.

Kami rindu untuk terus berbakti pada pintu syurga kami namun kami bersyukur kerana Allah ber kami peluang untuk berbakti sehingga akhir hayat pintu syurga kami.

Sentiasa kirimkan doa.

Kami bersyukur kerana Allah menjemput kedua pintu syurga kami dalam keadaan tenang dan pulang pada hari yang baik. Allah telah tamatkan penderitaan pintu syurga kami di atas dunia ini dari terus menanggung kesakitan dan sakit yang Allah turunkan itu sebagai pencuci dosa hambaNya di atas muka bumi ini.

Mohon Allah tempatkan kedua pintu syurga kami dan seluruh umat Islam yang pulang lebih dulu dari kita, di dalam syurgaNya tanpa hisab.

Mohon Jannah untuk ibubapa.

Pada uols (anda) yang masih ada pintu syurga, teruskan berbakti pada mereka.

Jangan jadikan alasan busy untuk tidak bersama mereka. Selagi kita hidup, kerja tidak akan habis. Cari masa untuk bersama mereka. Bukan duit yang mereka minta tapi kasih sayang dan perhatian anak-anak yang diperlukan terutama bila mereka sedang sakit.

Lembutkan hati anda untuk terus berbakti pada pintu syurga anda. Bahagiakan mereka. Kejarlah pintu syurga anda sementara ada peluang.

Cucu yang merindui datuk dan nenek.

Kalau tak dapat jenguk mereka, selalukan call mereka bertanya khabar. Jadikan ianya rutin harian anda. ana pasti akan sunyhi bila pintu syurga anda dah tak ada nanti sebab saya dah melaluinya. Jangan putus berdoa untuk pintu syurga kita. Allah Maha Mendengar."

Jangan putus-putus berdoa.

Dan di dalam sebuah entri yang lain beliau menyambung kisahnya apabila menerima kiriman gambar daripada seorang teman.

"Pics ni kiriman dari sahabat saya yang turut menziarah masa arwah Baba saya sakit. Di ambil tanpa pengetahuan saya. Katanya dah lama dia simpan gambar ni dan baru sekarang dikirim pada saya sebab takut saya sedih.

Walau macam mana pun, saya harus kuat dan redha dengan ketentuan Allah. Masa ni di penghujung hayat arwah Baba yang dah sakit teruk. Memang besar dugaan menjaga ibubapa yang sakit. Menduga kesabaran kita. Mereka umpama anak kecil. Tapi inilah saat yang saya rindukan.

Gambar kiriman seorang teman.

Mandikan arwah Baba, suap makan dan siapkan arwah Baba, kemudian saya pergi kerja. Balik dari kerja, terus pergi hospital untuk jaga arwah Baba. Itulah rutin kami adik beradik.

Masa ni saya tengah shooting drama Lara Aishah. Walaupun hati tak tenang memikirkan arwah Baba yang sedang sakit, saya harus lunaskan kerja saya. Allah datangkan ujian lagi buat kami sekeluarga sedangkan arwah Mama baru 3 bulan meninggal masa ni selepas 3 tahun sakit.

Minta semua jangan lupakan ibubapa.

Terima kasih kepada family Lara Aishah kerana sentiasa bagi moral support pada saya masa ni yang harus bekerja dan menjaga arwah Baba sampailah arwah Baba hembuskan nafas terakhirnya di rumah.

Arwah Baba jatuh sakit selepas 3 bulan arwah Mama meninggal. Katanya dia rindu sangat dengan arwah Mama. Inilah dia kasih sayang hingga Jannah."

Di akhir tulisan beliau, Jasmin kepada semua yang masih mempunyai ibubapa supaya tidak melupakan mereka. Beliau juga berharap perkongsian cerita beliau dapat melembutkan hati mereka yang terlupa pada pintu syurga masing-masing sebelum terlambat.



Sumber "Berbaktilah Pada Pintu Syurga Selagi Ada Peluang" - Jasmin Hamid

0 Response to ""Berbaktilah Pada Pintu Syurga Selagi Ada Peluang" - Jasmin Hamid"

Post a Comment