SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman denda RM3,000 yang diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kerana bersalah mengaibkan seorang pegawai polis, empat tahun lalu kepada RM2,000.
Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Rahman selepas membenarkan permohonan Tian Chua untuk mengurangkan denda.
Jika gagal membayar denda itu, Tian Chua diperintah menjalani hukuman penjara dua tahun.
Namun, sabitan terhadap tuduhan dikekalkan.
Oleh itu dengan keputusan itu, Tian Chua berpeluang untuk bertanding pada PRU14.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 ke atas, atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
BACA: Aibkan pegawai polis, rayuan Tian Chua terhadap sabitan ditolak
BACA: Nasib Tian Chua ditentukan hari ini
Pada 9 Mac 2017, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mensabitkan Tian Chua atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat terhadap Deputi Superintendan Glenn A Sinappah di pintu utama lobi Hotel Armada di sini, jam 7.45 malam pada 14 April 2014.
Sumber
Tian Chua berpeluang tanding PRU14
Related Posts :
SUKMA 2016: Video Khairul Hafiz Jantan pecah rekod Watson Nyambek, Khairy Jamaluddin nampak sinar harapan untuk Sukan Sea 2017
SUKMA 2016: Video Khairul Hafiz Jantan pecah rekod Watson Nyambek, Khairy Jamaluddin nampak sinar harapan untuk Sukan Sea 2017
Pelari p… Read More...
Ibu tunggal didakwa culik seorang gadis untuk dijadikan pelacur di Terengganu
Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam, atas dakwaan menculik atau melarikan seorang gadis s… Read More...
Adira Suhaimi: “Saya tak berdendam dengan Ruhainies”Penyanyi Adira Suhaimi, 25, berharap kisah rumah tangganya tidak disensasikan selepas berlaku kontroversi membabitkan suaminya, Datuk Seri A… Read More...
“Saya bukan kekasih Ruhainies, hanya teman rapat saja” – Azrel IsmailPelakon, Azrel Ismail, terkejut apabila namanya terpalit kontroversi video babak mesra Ruhainies dengan suami Adira, apabila ada yang berang… Read More...
Anak peluk kaki Izreen Azminda ketika pengambaran drama Lelaki Macam DiaPelakon, Izreen Azminda mengakui berhadapan cabaran membawa anaknya ke tempat kerja memandangkan Adrian Umar, 3, sukar mesra dengan orang se… Read More...
0 Response to "Tian Chua berpeluang tanding PRU14"
Post a Comment