Pelakon, Izreen Azminda mengakui berhadapan cabaran membawa anaknya ke tempat kerja memandangkan Adrian Umar, 3, sukar mesra dengan orang sekeliling.
Anak peluk kaki Izreen Azminda ketika pengambaran drama Lelaki Macam Dia
“Umar tidak mudah bermesra dengan orang yang baharu dikenali. Macam baru-baru ini, saya menjalani penggambaran drama Lelaki Macam Dia, arahan Hashim Rejab. Dia ‘melekat’ sepanjang masa. Bayangkan, ketika rakaman, Umar memeluk kaki saya.
“Mujur pengarah bersikap terbuka dan hanya mengambil syot pada bahagian atas. Selepas itu rakaman berjalan seperti biasa. Pelakon dan kru produksi juga memahami situasi saya sebagai ibu,” katanya kepada BH Online.
Begitupun pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 31, itu mengakui masih boleh mengawal situasi jika watak yang digalas ringan serta menjurus pada aksi komedi.
Sementara itu, ditanya sama ada ada Umar bakal mengikut jejaknya menjadi pelakon apabila dewasa kelak memandangkan kerap didedahkan di set penggambaran, Izreen berkata, beliau mahu anaknya menceburi bidang yang lebih menjamin masa depan.
“Sebenarnya bukan selalu pun saya bawa dia ke lokasi, sesekali saja jika keadaan memerlukan. Kalau ikutkan hati, biarlah dia mencari rezeki dalam lapangan kerjaya yang mempunyai jaminan masa depan.
“Pada masa sama, saya juga tiada apa-apa halanagan andai Umar memilih jalan yang sama seperti saya. Paling penting, saya mahu dia belajar setinggi mungkin,” ulasnya lagi,” katanya.
Umar adalah anak tunggal Izreen menerusi perkahwinannya dengan pengarah drama, Muhamad Riza Baharuddin. Mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2012, namun berpisah pada 9 Jun 2014.
Sumber : Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Anak peluk kaki Izreen Azminda ketika pengambaran drama Lelaki Macam Dia"
Post a Comment