PM lancar jelajah pendidikan, bantu lepasan SPM

Datuk Seri Najib Razak ketika tiba untuk melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputra 2018 (JPM2018) di Dataran Putra, 14 Mac 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak ketika tiba untuk melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputra 2018 (JPM2018) di Dataran Putra, 14 Mac 2018. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 14 Mac — Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan konvoi 100 pemimpin muda dan pelajar yang akan mencari 200,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM di negara ini dan membantu mereka untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan dan kemahiran tinggi termasuk universiti awam.

Konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) itu akan mengenal pasti  golongan  pelajar berkenaan di kalangan lepasan SPM Tahun 2013-2017 di 28 lokasi di 92 kawasan Parlimen.

Perdana menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.

Konvoi melibatkan  sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kenderaan pelbagai guna melibatkan 100 sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar itu dijadual tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac.

Timbalan perdana menteri yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan majlis JBP 2018 itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Siri  jelajah JBP 2018 akan tamat di Sarawak pada 1 Mei.

JBP 2018 itu merupakan inisiatif cetusan Najib untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk memartabatkan tahap pendidikan anak-anak ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai latar belakang berbeza.

Penaung YDAB dan juga pengerusi Jawatankuasa Induk JPB Prof Emeritus Tan Sri Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar berkata JBP 2018  mensasarkan untuk menempatkan 65,000 pelajar Bumiputera lepasan SPM di 37 institusi pendidikan dan kemahiran tinggi serta Universiti Awam.

Beliau berkata siri jelajah yang bermula sejak 2016 itu setakat ini telah membantu dan menempatkan 100,000 pelajar Bumiputera.

“Tujuan kami adalah untuk memastikan pelajar diberi kaunseling supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di kolej, politeknik atau Universiti Awam mengikut kesesuaian dan kelulusan,” katanya.

Sahol Hamid berkata JPB 2018 tidak hanya memberi fokus kepada bidang akademik semata-mata, malah program itu turut memberi peluang kepada anak muda Bumiputera bagi menyertai bidang kemahiran untuk melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai sektor dan bidang yang diperlukan.

“Siri penjelajahan ini merupakan kesinambungan kejayaan program yang telah bermula pada 2016 untuk mempromosikan pendidikan dan menyediakan peluang pengajian bagi golongan yang kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar bumiputera yang kurang bernasib untuk melanjutkan pengajian mereka,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai lokasi siri jelajah ini boleh didapati dengan melayari laman web http://ift.tt/2Hzqd2J atau melayari Facebook, Instagram dan Twitter @JelajahPBofficia. — Bernama



Sumber PM lancar jelajah pendidikan, bantu lepasan SPM

Related Posts :

0 Response to "PM lancar jelajah pendidikan, bantu lepasan SPM"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.