Datuk Seri Najib Razak berucap di majlis perhimpunan jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional di Pagoh pada 10 Mac 2018. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 14 Mac — Sebulan selepas Pakatan Harapan melancarkan manifesto, Barisan Nasional (BN) dijangka berbuat demikian 7 April ini.
Susulan perkembangan itu, Berita Harian menjangkakan pilihan raya umum kali ini mungkin diadakan pada akhir April atau awal Mei.
Pada pilihan raya umum 2013, pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak melancarkan manifesto pada 6 April iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.
Bagaimanapun bagi pilihan raya 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan manifesto pada 28 Februari, 11 hari sebelum hari mengundi.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan majlis besar-besaran itu dijangka diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, lokasi sama ia diadakan pada 2013.
Ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengesah BN melancarkan manifesto bulan depan tetapi enggan mendedahkan tarikh dan butiran dokumen itu.
“Tunggu nanti. Tidak lama dah [pelancaran manifesto]... akan datang. [Manifesto] yang jauh lebih baik,” katanya.
Najib baru-baru ini memaklumkan kira-kira 97.6 peratus janji kerajaan BN dalam manifesto pilihan raya lalu sudah dapat ditunaikan.
Gabungan pembangkang melancarkan manifesto mereka pada 8 Mac lalu. Ia menjanjikan 60 perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Sumber BN lancar manifesto 7 April, pilihan raya awal Mei?
0 Response to "BN lancar manifesto 7 April, pilihan raya awal Mei?"
Post a Comment