Enam pelajar tahfiz diliwat penderma di asrama, rumah

Polis Kuantan menahan seorang lelaki yang disyaki meliwat enam pelajar tahfiz. — Paparan skrin GooglePolis Kuantan menahan seorang lelaki yang disyaki meliwat enam pelajar tahfiz. — Paparan skrin Google

KUANTAN, 14 Mac — Polis menahan lelaki berusia 41 tahun yang didakwa meliwat pelajar sebuah pusat tahfiz sejak awal Disember tahun lalu.

Bernama melaporkan enam pelajar, berusia 14 hingga 17 tahun, menjadi mangsa penderma pusat tahfiz tersebut, yang tidak dinamakan, di sini.

Suspek sorang sukarelawan di pusat tahfiz itu dan aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di situ sejak 2015. 

Utusan Online pula menyebut 21 pelajar mendakwa mengalami penderaan seks, termasuk hubungan seks sejenis dan memaksa seks oral untuk suspek.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar Isnin lalu dan aduan polis dibuat di ibu pejabat polis Kuantan oleh seorang guru pusat tahfiz tersebut.

Berdasarkan aduan polis, portal itu melaporkan semua mangsa mendakwa dipukul dan diugut bunuh oleh suspek jika membongkar kejadian itu. 

Bernama turut melaporkan timbalan ketua polis daerah berkata suspek, yang direman hingga 19 Mac, menodai mangsa di kawasan asrama dan rumahnya. 

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,” kata Supt Kama Azural Mohamed.

Ditahan sejak Isnin, suspek disiasat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Lelaki itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit.



Sumber Enam pelajar tahfiz diliwat penderma di asrama, rumah

Related Posts :

0 Response to "Enam pelajar tahfiz diliwat penderma di asrama, rumah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.