Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Pretty Ugly iaitu Neves selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Noorliana Umar, 36, pada Ahad.
Neves atau Raizan Zainal Abidin, 43, dan Noorliana selamat bergelar suami-isteri pada pukul 11.47 pagi pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau Damansara Perdana, di sini.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.
Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Penyatuan pasangan itu turut dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, Neves ketika ditemui memberitahu bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berdoa agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
"Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan semoga perkahwinan kami diberkati hingga akhir hayat," katanya.
Sumber
Neves (Pretty Ugly) Bergelar Suami Pada Usia 43 Tahun
Related Posts :
“Saya Beritahu Haris, Suka Nama ‘Bilal’,” – Neelofa Cerita Proses Pilih Nama Anak SulungSelebriti popular, Noor Neelofa mended4hkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismai… Read More...
Tebvk 3 Lubang Pada Pervt & Tak Mampu Puasa Penuh, Uyaina Syukur Bayi Dalam Kandungan…Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui masih menanggung sakit susulan pembed4han membuang apend1ks selepas mengalami kes4kitan tervk pada … Read More...
“Mommy on the wheel” – Raja Ilya Tetap Aktif ,Lagi 1 Month Nanti Detik Lahir Anak Sulung.Nanti Detik Lahir Anak Sulung, Raja Ilya Tetap Aktif – “Selagi Boleh, Selagi Tu Kita Buat.”
Sedang meniti hari bergelar ibu, pelakon cantik … Read More...
3 Kali Kecund4ng, Fiza Halim Terg4mam Dilamar Duda VIPTiga kali gagal dalam perkahwinan, Fiza Halim mengakui belum memikirkan soal kahwin dalam tempoh terdekat kerana masih serik.
“Jujur saya ma… Read More...
MK K Clique Dah Berpunya? Guna Panggilan ‘Sayang’ Peminat Wanita Pat4h HatiPenyanyi dan pelakon MK K-Clique sekali lagi mencVri tumpuan wargamaya selepas berkongsi foto ‘sweet’ dengan seorang wanita yang dikenali Ha… Read More...
0 Response to "Neves (Pretty Ugly) Bergelar Suami Pada Usia 43 Tahun"
Post a Comment