Dah Tak Sayang Malaysia Ke? Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Dah Tak Sayang Malaysia Ke? Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Kalau kami tanya korang satu soalan, korang boleh jawab dengan jujur tak? Korang sebenarnya sayang tak dengan negara ni? Kalau korang jawab ya, baguslah sebab sekarang ni ramai yang dah mula hilang rasa sayang dengan negara sendiri sampai nak berhijrah pegi oversea.

Kadang-kadang kita pun tak faham apa sebab yang buat dorang ni nak keluar dari Malaysia. PM Najib kita dah buat kemudahan pengangkutan awam yang canggih punye, tak cukup dengan tu dia siap bagi duit BRIM bagi yang layak. Tapi kenapa still ada yang tak puas hati? Untuk jawab soalan ni, kami senaraikan tujuh sebab kenapa banyak rakyat malaysia pilih hijrah ke luar negara. 

1. Masalah politik

Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Nilah antara masalah besar yang buat ramai penduduk di Malaysia ni pening kepala dan kerap bergaduh di media sosial. Kalau sehari tak cakap pasal Najib, Anwar dan Tun M, memang peliklah sebab kalau ushar timeline memang ada saja cerita tentang tiga nama ni. Itu belum lagi sebut soal 1MDB, penyelewengan wang, masalah air, sindir menyindir sesama menteri dan Jamal Yunos yang kerap muncul dengan stunt politik yang buat orang nak muntah!

So, bila rakyat negara ni dah makin bosan dengan drama politik yang entah apa-apa, dorang pilih untuk berhijrah ke negara yang lebih stabil dan bersih dari drama politik yang over ni. Kanada selalu jadi pilihan kerana PM mereka, Justin Trudeau seorang yang terbuka, muda dan bijak dalam mengambil hati rakyat. Dia pun boleh tahan hensem kan! Hiks!

2. Peluang pekerjaan baik di luar negara

7 Sebab Utama Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, ramai dalam kalangan kita kadang-kadang cari option untuk bekerja kat luar negara. Ni semua sebab negara luar ada banyak peluang kerja yang lagi bagus dengan gaji yang sangaaaat lumayan! Bayangkanlah kalau gaji korang kat Malaysia RM2,000, tapi kalau korang kerja dekat Singapura gaji 2,000 SGD. Convert sini dah dapat RM6,000 woi! Seronok lerr mak mertua, isteri dengan anak-anak korang sebab boleh berbelanja lebih kan.

Walaupun payah hidup di negeri orang, kebanyakan daripada rakyat Malaysia termasuklah orang Melayu sendiri selalu ada impian nak tinggal kat Australia. Sebabnya, ada yang pernah cerita experience konon kerja sebagai pemetik buah epal je gaji dah beribu-ribu. Tak dinafikan memang ada yang bernasib baik, tapi kita kenalah ingat jangan sampai kita kena scam macam yang selalu keluar kat berita tu.

3. LGBT

7 Sebab Utama Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Ini memang isu berat sebab kalau tersalah cakap ramai yang ready nak jadi keyboard warrior watchaaa! Tapi salah satu sebab kenapa ramai rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara adalah kerana mereka tak boleh jadi ‘diri sendiri’ bila duduk kat sini. Homoseksual memang dilabel haram dan menjadi satu kesalahan kalau mereka yang beragama Islam amalkan benda macam tu kat sini.

Gay atau lesbian marriage memang a big no in Malaysia. Dekat sini kita ada pegangan agama yang kuat serta tak sokong perkara liberal macam ni. So, bila generasi muda sejenis Safiey Ilias atau Sajat ni kecewa, dorang pilih untuk tinggal di luar negara supaya boleh lebih bebas amalkan apa yang dorang suka dengan terbuka. Haih!

4. Isu diskriminasi agama dan bangsa

Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Bagi golongan non bumiputera, dorang ni selalu rasa terpinggir, tak dapat perhatian yang cukup dari kerajaan dan ada banyak dasar dalam negara ni yang bercirikan perkauman dan diskriminasi yang melampau. Bila dorang dah fed-up dengan situasi ni dan mula rasa terancam dengan hukum hudud atau syariah, dorang rasa lebih baik duduk negara orang lain yang lebih bebas macam Amerika.

Sebenarnya Lobak Merah tak nak elaborate panjang pasal benda ni sebab rasanya setiap bangsa dan penganut agama dalam negara ni ada pengalaman berbeza yang mereka lalui. Kadang-kadang ada di antara kita macam tak sensitif dengan race lain dan selalu persendakan dorang. Yelah, sapa yang tak sakit hati kan? Benda ni isu sensitive, jadi lebih baik kalau kita hormati serta raikan perbezaan yang kita semua ada.

5. Tak puas hati dengan sistem pendidikan

Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Ada yang kata sistem pendidikan negara kita ni macam kelam kabut sikit dan agak ke belakang lah kalau nak dibanding dengan negara lain yang lebih advance gitu. Sebab tu lah kalau ada yang perasan, anak retis, menteri semua pakat hantar ke sekolah international. Tak adanya dorang belajar sekolah biasa macam kita. Bak kata adik Neelofa, sekolah international ni bagus. Cikgu-cikgu lebih experience dan subjek yang dorang belajar pun lain dari yang lain berbanding sekolah biasa ni. Ooo gitu…

Lagi satu yang jadi kontroversi dalam bidang pendidikan ni bila ramai yang pertikai isu bayaran PTPTN, kenapa bumiputera je boleh masuk UiTM dan kuota untuk non bumiputera masuk universiti awam agak sikit daripada golongan bumiputera. Disebabkan masalah-masalah ni, ramailah rakyat Malaysia yang berhijrah sebab nak cari peluang pendidikan yang lebih baik kat negara lain. Malah ada negara yang offer pendidikan percuma kat sana tau!

6. Sikap menteri yang suruh ‘berambus’

Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Korang ingat tak lagi statement yang diberikan oleh beberapa menteri yang ‘kurang bijak’ suruh dorang-dorang yang suka komplen pasal Malaysia ni pegi berambus kat negara lain? Ouch memang terasa hingga ke tulang hitam weii statement macam tu! Benda-benda macam nilah yang buat rakyat Malaysia naik angin dan berazam nak tinggalkan negara ni secepat mungkin.

Sebagai menteri, dorang sepatutnya buat kajian dan ambil tahulah nape rakyat komplen itu dan ini. Perbaiki dan cuba bagi yang terbaik dari cakap benda yang entah pape. Rakyat dah bosan sebenarnya dengan janji manis ahli politik.

7. Tak yakin dengan masa depan mereka di Malaysia

Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

Semua masalah yang disebut kat atas ni adalah antara penyebab yang buat ramai rakyat Malaysia rasa masa depan dorang kat Malaysia ni dah makin kelam dan gelap. Lebih mengejutkan 15% dari Melayu dah mula nyatakan hasrat untuk hijrah ke negara lain tau! Setakat ni, lebih dua juta rakyat Malaysia yang dah berpindah duduk negara lain sejak Merdeka dulu. Fuh ramai gak tu! 

Dan yang paling pelik, dorang ni semua golongan profesional. So, benda ni sangat merugikan bagi kitalah sebab kepakaran yang dimiliki orang-orang ni akan digunakan oleh negara lain. Tapi apa boleh buat? Dorang rasa masa depan dorang lagi cerah di negara lain sebab akan dapat gaji tinggi, environment hidup yang lagi best dan masa depan pendidikan anak dorang pun lebih terjamin.

Apa-apapun, harapnya janganlah kerajaan putus asa dalam yakinkan rakyat negara ni terus tinggal di Malaysia dan terus sediakan kemudahan terbaik serta kembalikan semula trust kepada mereka yang dah bencikan negara ni.

Jauh di sudut hati mereka yang berhijrah ni sejujurnya memang rindukan Malaysia dan kalau boleh nak pulang ke tanah air. 



Sumber Dah Tak Sayang Malaysia Ke? Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain

0 Response to "Dah Tak Sayang Malaysia Ke? Ini Sebab Kenapa Semakin Rakyat Malaysia Mula Berhijrah Ke Negara Lain"

Post a Comment