Ugut bunuh adik sebab makanan, lelaki dipenjara

Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan kerana mengugut mahu membunuh adik tiri apabila ditegur mengambil makanan tanpa kebenaran. — Paparan skrin GoogleSeorang lelaki dihukum penjara lima bulan kerana mengugut mahu membunuh adik tiri apabila ditegur mengambil makanan tanpa kebenaran. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 25 Feb — Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan kerana mengugut mahu membunuh adik tiri apabila ditegur mengambil makanan tanpa kebenaran.

Mohd Zanayudin Ismail, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bunut Payong, pada 3.20 petang, bulan lalu, lapor Harian Metro.

Tertuduh mengaku bersalah bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya, jika disabitkan.

Mahkamah majistret memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 28 Januari lalu, selain perlu membayar denda RM2,500.



Sumber Ugut bunuh adik sebab makanan, lelaki dipenjara

Related Posts :

0 Response to "Ugut bunuh adik sebab makanan, lelaki dipenjara"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.