Remaja perempuan cedera ditumbuk, ditampar ketika disamun

 Polis Lahad Datu masih mengesan suspek kes samun di Dataran Palma di sini, semalam. — Foto ihsan Facebook/Ipd Lahad DatuPolis Lahad Datu masih mengesan suspek kes samun di Dataran Palma di sini, semalam. — Foto ihsan Facebook/Ipd Lahad DatuLAHAD DATU, 25 Feb — Seorang remaja perempuan cedera di mata, mulut, dan perut ketika disamun di tingkat dua sebuah bangunan di Dataran Palma di sini, semalam.

Gadis berusia 17 tahun itu dihampiri suspek lelaki yang menarik baju dan mengugutnya dalam kejadian kira-kira jam 1.16 tengah hari, lapor Berita Harian.

Mangsa cedera akibat ditumbuk serta ditampar berkali-kali kerana enggan menyerahkan telefon bimbit, wang serta barang berharga.

Suspek kemudian melarikan diri dan gagal meragut barang selepas mangsa menjerit meminta tolong.

Ketua polis daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata suspek sedang dikesan dan kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.



Sumber Remaja perempuan cedera ditumbuk, ditampar ketika disamun

0 Response to "Remaja perempuan cedera ditumbuk, ditampar ketika disamun"

Post a Comment