The Voice Thailand: Kak Ani bangga lagu jadi pilihan

SEBELUM ini, tular di media sosial apabila peserta program The Voice Thailand, Pathita dan Saran menyampaikan lagu Dikir Puteri nyanyian ratu pop Etnik negara, Noraniza Idris.

The Voice Thailand: Kak Ani bangga lagu jadi pilihan

The Voice Thailand: Kak Ani bangga lagu jadi pilihan

Persembahan itu menjadi buah mulut rakyat Malaysia dimana rata-rata mereka berasa kagum dengan kebolehan kedua-kedua peserta tersebut menyanyikan lagu berbahasa Melayu walaupun sebutannya sedikit pelat.

Bukan sahaja mereka, malah penyanyi asal lagu tersebut, Noraniza Idris yang juga dikenali dengan nama Kak Ani, merasa bangga dan terharu apabila lagu yang pernah dipopularkan olehnya suatu ketika dahulu itu menjadi pilihan mereka untuk membuat persembahan.

NORANIZA IDRIS

Jelas Noraniza, tularnya video tersebut membuatkan lagu Dikir Puteri itu kembali menjadi bualan rakyat negara ini.

Memetik sumber Sinar Harian, Noraniza berkata perkara ini nyata membuktikan bahawa pengaruh muzik genre Irama Malaysia berjaya meletakkan keyakinan masyarakat luar untuk menghargai karya tempatan.

“Tidak sia-sia kita memaparkan elemen Dikir Barat yang divisualkan melalui klip video sebagai mempromosikan kebudayaan memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat.

“Satu kekuatan apabila melihat persembahan mereka adalah mereka benar-benar menghormati dan menghargai konsep lagu tersebut.

“Dari nyanyian, lirik (walaupun sedikit pelat), pakaian, lenggok air dikir barat nyanyian saya, mereka cuba buat dengan sebaiknya,” ujar Noraniza.

Kata Noraniza, apa yang menariknya tentang setiap lagu genre Irama Malaysia yang dihasilkan adalah identiti lenggok nyanyian tersendiri yang dibentuk dari penyanyi yang membawakan lagu tersebut.

“Menerusi persembahan tersebut, saya dapat mengesan mereka mengguna pakai cara lenggok saya untuk persembahan lagu tersebut dan bersungguh-sungguh menghasilkan koreograf persembahan mengikut identiti  lagu tersebut agar sesuai dengan konsep dikir barat,” ujarnya.

Malah, kata Noraniza, Pathita dan Saran juga tidak malu untuk menggayakan diri mereka dengan gaya pemakaian orang Kelantan walaupun Thailand juga tidak lari jauh dari sejarah susur galur dengan negeri tersebut.

Sementara itu, Noraniza mengharapkan agar muzik bergenre irama Malaysia tidak terus dipinggirkan selepas lagu Irama Malaysia kini sukar untuk bersaing dengan lagu-lagi bergenre lain dalam industri.

“Lagu itu menjadi tular ketika masyarakat kita seolah menganggap Irama Malaysia tidak lagi berada mengikut standard penerimaan masyarakat pendengar kita sekarang.

“Sepatutnya ia tidak boleh terus dipinggirkan kerana irama ini adalah produk motivasi yang bersifat mendidik jatidiri masyarakat Malaysia, khasnya anak-anak generasi pelapis kita dalam sebuah negara yang pelbagai kaum dan kaya dengan nilai budaya,” jelasnya.

Noraniza merupakan antara ikon dan ratu pop etnik kreatif yang sentiasa memperjuangkan lagu Irama Malaysia dalam industri muzik negara sejak dua dekad lalu.

Video persembahan peserta The Voice Thailand itu kini telah ditonton lebih 1.4 juta kali sejak mula dimuatnaik oleh pihak produksi program realiti tersebut di YouTube dan Facebook pada 11 Februari lalu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/EZ



Sumber The Voice Thailand: Kak Ani bangga lagu jadi pilihan

0 Response to "The Voice Thailand: Kak Ani bangga lagu jadi pilihan"

Post a Comment