Tekanan terhadap Korea Utara perlu diteruskan

WASHINGTON: Rumah Putih berkata hari ini, sekatan ekonomi bertujuan menekan Korea Utara supaya menamatkan program nuklearnya perlu diteruskan selepas Pyongyang berkata ia terbuka untuk berbincang dengan Amerika Syarikat (AS).

"Kita tunggu dan lihat sama ada mesej Pyongyang hari ini, yang bersedia untuk berbincang, menggambarkan langkah pertama ke arah penamatan senjata nuklear sepenuhnya," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

"Dalam pada itu, AS dan dunia perlu terus memastikan bahawa program nuklear dan misil Korea Utara bakal berkubur," jelas Rumah Putih lagi. - Reuters



Sumber Tekanan terhadap Korea Utara perlu diteruskan

0 Response to "Tekanan terhadap Korea Utara perlu diteruskan"

Post a Comment