Sterling berang kualiti pengadil England

MANCHESTER: Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling mengkritik kualiti pengadilan di England dan mendakwa pemain boleh terlepas aksi di Piala Dunia kerana mereka 'disembelih' oleh terjahan kasar.

Bintang City, Leroy Sane terpaksa diketepikan selama tujuh minggu selepas menerima terjahan ganas daripada pemain Cardiff, Joe Bennett ketika kemenangan 2-0 dalam aksi Piala FA, minggu lalu.

Selain itu, pengadil, Bobby Madley juga gagal untuk melayangkan kad merah kepada pemain West Brom, Matt Phillips yang melakukan kekasaran kepada pemain muda, Brahim Diaz ketika aksi Liga Perdana, kelmarin.

Ia antara beberapa siri insiden kekasaran terhadap pemain City pada musim ini yang memaksa pengurus, Pep Guardiola berulang kali memohon pengadil supaya melindungi pemainnya tetapi permintaannya itu tampak dipandang sepi.

"Saya mendapati kadang kalanya ia agak tidak adil. Saya merasakan yang kami tidak benar-benar mendapat perlindungan yang cukup dalam situasi tertentu," kata Sterling.

"Saya fikir beberapa terjahan itu terlalu buruk.

"Ia bukan sesuatu yang saya jangka untuk lihat dalam perlawanan bola sepak di peringkat tertinggi, terutama apabila pasukan lawan hampir tewas dan hanya bermain dengan menendang pemain.

"Saya tidak rasa ia sesuatu yang betul. Saya benar-benar berfikir yang kita perlu mengatasinya kerana kami akan ke Piala Dunia pada tahun ini dan majoriti pemain-pemain di liga utama dan dalam pasukan kami akan pergi bermain.

"Pasti sedih apabila melihat seseorang terlepas kejohanan itu disebabkan oleh terjahan bodoh dan seseorang terlepas daripada hukuman.

"Kekasaran seperti ini boleh berlaku, tetapi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila dalam setiap perlawanan, dua pemain kami akan cedera.

"Saya fikir pengadil dan pegawai perlawanan perlu mengatasi masalah ini kerana seperti yang kamu dapat lihat, sesetengah pemain sedang disembelih dan ia sesuatu yang menyedihkan."

Ketika ini, gesaan Guardiola supaya pemain mendapat lebih perlindungan tampak bukan saja tidak diendahkan tetapi turut tidak mendapat sokongan ramai daripada rakan sejawatannya. - AFP



Sumber Sterling berang kualiti pengadil England

Related Posts :

0 Response to "Sterling berang kualiti pengadil England"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.