Da Silva buat The Cops gigit jari

SHAH ALAM: Penyerang dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva muncul penyelamat maruah FELCRA FC apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 sekali gus membolehkan The Rival mencatat keputusan seri 1-1 dengan PDRM dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad The Rival yang dibimbing jurulatih dari Brazil, Tarcisio Pugliese Barbulio pada mulanya nampak menguasai permainan apabila penyerang importnya Endrick Dos Santos Parapita mencemaskan pintu gol PDRM seawal minit pertama.

PEMAIN PDRM, Muhamad Baquiddin Shamsudin (kiri) dikekang pemain FELCRA FC, Mohammad Haziq Mu'iz Abdul pada saingan Liga Perdana 2018 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Anak buah Barbulio bagaimanapun nampak kurang fokus selepas permainan memasuki minit ke-15 tetapi kelemahan itu gagal dimanfaatkan pasukan lawan.

Lapan minit selepas separuh masa kedua bersambung PDRM yang kini dibimbing Zulhamizan Zakaria kembali mengatur semula gerakan dan strategi bagi menguasai permainan.

Serangan bertali arus PDRM ke kubu FELCRA FC akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang importnya Petrisor Voinea menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-53 sekali gus menjadikan kedudukan 0-1.

The Cops terus menguasai permainan sehingga minit ke-88 sebelum penjaga gol PDRM, Mohd Sheril Anuar Saini melakukan kesilapan dengan menguis bola keluar dari kawasan permainan sekali gus memberikan sepakan penjuru kepada FELCRA FC.

Kelalaian barisan pertahanan dan penjaga gol PDRM terus dihukum apabila penyerang import FELCRA FC, Da Silva menguis masuk bola ke gawang The Cops sekali gus menjadikan kedudukan terikat 1- 1 sehingga tamat permainan.

Sementara itu Barbulio ketika ditemui pemberita nyata gembira dengan kejayaan anak buahnya mengikat PDRM.

"Bagaimanapun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya minggu depan," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

GAYA pemain import PDRM, Petrisor Voinea selepas meledak gol ketika menentang FELCRA FC pada saingan Liga Perdana 2018 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali



Sumber Da Silva buat The Cops gigit jari

Related Posts :

0 Response to "Da Silva buat The Cops gigit jari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.