“Saya anggap ini ujian untuk saya” – Suara Ara ‘tak keluar’ menjelang AJL

PENYANYI Ara Johari yang juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) mengalami masalah suara sehingga menyukarkan dia menyanyi dengan baik.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia reda jika persembahannya menerusi lagu Warkah Untukku malam ini tidak seperti yang diharapkan peminat.

"Saya anggap ini ujian untuk saya" - Suara Ara 'tak keluar' menjelang AJL

“Saya anggap ini ujian untuk saya” – Suara Ara ‘tak keluar’ menjelang AJL

“Masalah suara ini berlaku sejak lima hari lalu. Lebih teruk sejak tiga hari lalu apabila suara tidak keluar ketika latihan bersama pemuzik.

“Ketika sesi latihan penuh pertama semalam, saya cuba dan paksa juga untuk menyanyi. Hasilnya seperti yang didengar semua orang yang datang menonton.

“Dalam keadaan sekarang, saya reda dan berserah saja. Saya anggap ini ujian untuk saya menjelang kemuncak AJL malam ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ara yang bakal menyanyikan lagu ciptaan Hang Nadim akui tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti demam.

“Saya sudah buat pemeriksaan doktor, tetapi difahamkan tekak saya tidak bengkak atau luka. Saya pun tidak tahu sebab apa, sebab ia berlaku secara tiba-tiba.

“Saya juga sudah mengamalkan beberapa petua diberikan peminat dan mengambil ubat. Namun, masih belum sembuh juga.

“Perkara sudah nak jadi, saya tak boleh buat apa pun. Apa saya boleh buat sekarang, fokus dan cuba menyanyi sebaik mungkin. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Sumber; Metro



Sumber “Saya anggap ini ujian untuk saya” – Suara Ara ‘tak keluar’ menjelang AJL

Related Posts :

0 Response to "“Saya anggap ini ujian untuk saya” – Suara Ara ‘tak keluar’ menjelang AJL"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.