KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa menanggung kekalahan pertama musim ini apabila tumpas 1-0 kepada pendatang baru, Kuala Lumpur, dalam Liga Super di Stadium KLFA, sebentar tadi dalam perlawanan yang bersambung daripada aksi yang tertangguh malam tadi.
Kuala Lumpur menjaringkan gol tunggal menerusi Paulo Josue Sturmer dos Reis pada masa tambahan separuh masa pertama sebelum perlawanan itu ditunda akibat hujan lebat selepas beberapa minit babak kedua dimulakan, malam tadi.
Dalam aksi 33 minit yang bersambung di stadium sama hari ini, kedua-dua pasukan gagal menemui gol untuk membolehkan skuad Warga Kota itu mengekalkakan kedudukan dan mengecap kemenangan pertama liga.
Keputusan itu membawa Harimau Selatan jatuh ke tangga kedua, ketinggalan satu mata di belakang PKNS FC.
Kali terakhir JDT tewas dalam liga adalah pada September tahun lalu ketika tumpas 3-2 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Ini adalah penyertaan Liga Super pertama Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu apabila mereka menjuarai Liga Perdana musim lalu.
Selangor, yang turut tewas buat kali pertama selepas melakar dua kemenangan, berada di tempat ketiga.
Walaupun menyamai enam mata JDT, Selangor berada di kedudukan lebih bawah dibezakan dengan jaringan bolos selepas kalah 4-1 di tangan Terengganu FC di Kuala Terengganu, malam tadi.
Antara pasukan pilihan musim ini, Kedah, yang sedang menentang PKNP untuk perlawanan ketiga di Batu Kawan, terperosok di tangga terbawah selepas tewas dua perlawanan lalu.
Sumber
JDT tersungkur di Kuala Lumpur
Related Posts :
“Cantik sangat, suka tengok Izara sekarang” – Video Izara Aishah dan anak perempuan dipuji warga TikTokKebelakangan ini ramai selebriti wanita sudah berhijrah, begitu juga dengan selebriti pujaan hati yang memiliki wajah yang cantik dan lakona… Read More...
“Alololo manja sangat ni.” – Gelagat Anak Kambing Manja Dengan TuannyaSelalunya kucing menjadi pilihan bagi orang yang suka memelihara haiwan peliharaan, jarang pula ada yang memilih untuk memelihara bin4tang l… Read More...
[Vide0] 40 Tahun Hidup Menyendiri, Nenek Akhirnya Selamat Bergelar Isteri OrangCinta tidak mengenal usia, biarpun sudah berusia tetapi kalau cinta sejati hadir pada usia emas, siapa la kita hendak menolak takdir ilahi. … Read More...
Ramai terkejut tengok ‘kembar’ arw4h Abam Bocey, pemuda bernama Buyot ini jadi tumpuan gara-gara wajah seirasORANG kata dalam dunia ini ada tujuh individu yang wajahnya mirip dengan kita.
Terbaharu pemuda yang dikenali sebagai Buyot atau Mohammad Az… Read More...
“Isteriku Dunia Akhirat,” – Ucapan Puitis Jalaludin Hassan Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-50, pelakon veteran, Dato Jalaludin Hassan meluahkan ucapan istimewa buat isterinya, R… Read More...
0 Response to "JDT tersungkur di Kuala Lumpur"
Post a Comment