Salleh: Dr Mahathir mahu rakyat cetuskan kekacauan?

Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan adalah tidak kena pada tempatnya. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriGesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan adalah tidak kena pada tempatnya. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR, 5 Feb — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan  sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bagi mengelak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan adalah tidak kena pada tempatnya, 

Salleh berkata Najib bukan seorang diktator dan tidak akan melakukan perkara sedemikian dan perdana menteri tidak akan mengisytiharkan darurat hanya kerana ingin kekal berkuasa dengan mengelak PRU-14  daripada diadakan.

“Bahkan, apa yang lebih nyata Dr Mahathir mahu memindahkan kuasa mengisytiharkan  darurat  daripada  Yang di-Pertuan  Agong kepada Perdana Menteri  dalam 1993  tetapi gagal. Najib bukanlah seorang diktator dan akan mengambil  tindakan seperti itu, “ katanya dalam catatan terkini di laman  blognya sskeruak.blogspot.my, malam tadi.

Tambahan pula, Salleh berkata faktor mengapa Dr Mahathir berkata Najib akan mengisytiharkan darurat kerana bekas Perdana Menteri itu menganggap Pakatan Harapan akan memenangi PRU-14.

“Jika tidak berlaku kepada Mahathir, Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan akan memenangi  PRU-14. Maka kenapa perlu mengisytiharkan darurat untuk Najib  kekal berkuasa dengan  mengelakkan PRU-14,?” katanya.

Salleh berkata menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, “Najib tidak boleh mengisytiharkan darurat kerana beliau hanya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong berbuat demikian dan Seri Paduka Baginda tidak semestinya mengikut nasihatnya.” — Bernama



Sumber Salleh: Dr Mahathir mahu rakyat cetuskan kekacauan?

Related Posts :

0 Response to "Salleh: Dr Mahathir mahu rakyat cetuskan kekacauan?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.