KUALA LUMPUR: Seorang ibu muda berusia 30 tahun tergamak melacurkan anak sendiri hanya kerana ingin melangsaikan hutang.
Mangsa yang berusia 14 tahun bekerja di sebuah pusat karaoke dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Lawas, Sarawak oleh ibunya dan pemilik pusat karaoke berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, mangsa melihat lelaki berkenaan membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu.
“Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel.
“Mangsa keluar daripada hotel itu pada keesokan harinya dan tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi.
Kejadian ini baru diketahui oleh ketua kampung di mana mangsa tinggal yang kemudian membawanya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan.
Susulan laporan berkenaan polis menahan ibu mangsa dan juga pemilik pusat karaoke berkenaan pada Ahad dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Tambah Dev, pihaknya turut menahan suspek lelaki yang dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsa selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber
Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang
Related Posts :
5 Cara Mudah Menghalau Serangga Tanpa Bahan KimiaBercakap tentang serangga, pasti anda sering terganggu dengan kehadiran dan gangguan mereka di rumah. Pasti serangga seperti nyamuk, lalat d… Read More...
Wanita Kongsi Bagaimana Jadi RM 5,000 Lebih Kaya Di Hujung Tahun
Pastinya anda telah melihat pelbagai tips untuk menyimpan duit dalam masa setahun, bukan?
Seorang pengguna Facebook, Rina Talib, telah be… Read More...
Coco mengaku okay jadi isteri kedua pada usia muda dan tak kisah apa orang kataCoco mengaku okay jadi isteri kedua pada usia muda dan tak kisah apa orang kata | Dikecam, malah dihina, namun Marshaira Ismail,19, atau ter… Read More...
Realiti Perkahwinan Yang Ramai Bakal Pengantin Tidak Tahu
Tiada siapa yang akan berkata bahawa perkahwinan adalah mudah. Apa sahaja yang anda lihat di media sosial yang dikongsi oleh keluarga dan … Read More...
Orang Yang Makan Sendirian Hidup Lebih Bahagia
Ramai yang mengatakan makan secara bersendirian adalah menyedihkan. Mereka kesunyian dan tidak berteman. Malah, ramai yang tidak ingin men… Read More...
0 Response to "Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang"
Post a Comment