Nora Danish bersalin minggu ini!

PELAKON terkenal, Nora Danish dijangka bakal melahirkan anak keduanya dalam minggu ini.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"Doa selamat buat isteri tercinta & Ney Ney (nama timangan untuk bayi dalam kandungan) insyaALLAH, agar selamat melahirkan kandungan pada minggu ini," tulisnya.

Pasangan romantis ini  turut mengadakan majlis doa selamat di kediaman mereka yang dihadiri oleh pelajar tahfiz.

Sementara itu, Nora menerusi akaun IG miliknya sempat berkongsi bahawa anak sulungnya,  Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya.

Bahkan Nora juga sudah menerima set berpantang dan merasa tidak sabar untuk menggunakannya sepanjang tempoh berpantang kelak.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Nora menerusi temu bualnya bersama media sebelum ini berkata, dia sudah mengetahui jantina anak dan akan mengumumkan apabila dilahirkan kelak.

Mengakui kehamilan kali ini lebih mencabar kerana jarak kehamilan yang jauh, Nora dan Nedim sepakat untuk menamakan anak mereka dengan permulaan huruf N, sama seperti nama mereka berdua.

Mengikut jangkaan awal, Nora sepatutnya dijangka bersalin anak keduanya pada 9 Mac depan.

Dalam pada itu, selain Rayqal, Nedim turut mempunyai seorang anak dalam perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.



Sumber Nora Danish bersalin minggu ini!

0 Response to "Nora Danish bersalin minggu ini!"

Post a Comment