
Taj hadir ke balai bersama dua peguamnya iaitu Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja dan Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, yang juga peguam kepada ahli kumpulan Firdaus, Ahmad Fairuz atau Osh.
Menerusi satu siaran langsung di sebuah portal, Akmal memaklumkan Taj telah menghubunginya malam tadi (Isnin) bagi mendapatkan bantuan.
“Kami sudah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
“Soal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid bergantung pada keputusan siasatan polis selepas ini.
Tambah Akmal, kedua-dua anak guamnya menganggap diri mereka dianiaya.
“Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan dan mungkin akan dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya yang turut membayangkan untuk anak guamnya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan ganja dalam minumannya menyebabkan beliau berkelakuan ganjil sehingga mendorongnya menyerang polis dan orang awam, 11 Januari lalu.
Pada 6 Februari lalu, Sofi Jikan tampil memberi keterangan dan ditahan reman selama tiga hari pada keesokan harinya selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Manakala Osh, 47, yang juga pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklanan beribu pejabat di Johor Bahru, tampil memberi keterangan pada 11 Februari.
Pelakon Pinjamkan Hatimu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 16 Januari lalu.
Manakala pada 25 Januari, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.
Sumber Anak guam anggap diri dianiaya: Peguam Taj (Innuendo)
0 Response to "Anak guam anggap diri dianiaya: Peguam Taj (Innuendo)"
Post a Comment