Mustapa: Mahathir ‘sangka jahat’ Najib umum darurat

Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang ramai berdemonstrasi jika darurat diumumkan untuk menghalang pilihan raya umum. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriTun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang ramai berdemonstrasi jika darurat diumumkan untuk menghalang pilihan raya umum. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriKOTA BARU, 4 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh “bersangka jahat” terhadap perdana menteri apabila mengajak demonstrasi jika berlaku darurat. 

Pengerusi Umno Kelantan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menjawab kemungkinan Datuk Seri Najib Razak mengumum darurat sebelum pilihan raya, lapor Berita Harian.

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bekas perdana menteri itu menentang demontrasi tetapi kini “menggalakkannya untuk menentang kerajaan”.

“Kenyataan tidak berasas Dr Mahathir itu perlu ditolak semua rakyat kerana demontrasi jalanan bukan kaedah terbaik menyelesaikan masalah dan perselisihan,” katanya di sini hari ini. 

Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan, menyeru tindakan itu diambil ketika menjawab soalan dalam sesi dialog dengan anak muda semalam. 

Beliau berkata warga Malaysia kebanyakannya takut berdemonstrasi tetapi wajar berbuat demikian jika darurat digunakan untuk menggagalkan pilihan raya.

Mustapa berkata ada saluran untuk memberi pandangan tanpa demontrasi. “Saya yakin rakyat matang dan akan menolak kenyataan Dr Mahathir ini,” katanya.



Sumber Mustapa: Mahathir ‘sangka jahat’ Najib umum darurat

Related Posts :

0 Response to "Mustapa: Mahathir ‘sangka jahat’ Najib umum darurat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.