Lori terjunam ke gaung 90 meter, pemandu rentung

Sebuah lori terbakar selepas terjunam ke gaung sedalam kira-kira 90 meter di Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, Ranau, 10 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Fadzil AzizSebuah lori terbakar selepas terjunam ke gaung sedalam kira-kira 90 meter di Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, Ranau, 10 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Fadzil AzizKOTA KINABALU, 10 Feb — Seorang lelaki rentung selepas lori yang dipandunya terbakar setelah terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 90 meter di Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, Ranau, kira-kira 100km dari sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai hilang kawalan ke atas lori dipandunya dan terbabas.

Ketua Balai Bomba Ranau Jimmy Lagung, berkata pihannya menerima panggilan kecemasan pada  pukul  6.43 pagi dan enam anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah lori sarat muatan sawit terbakar. Mangsa ditemukan  dalam keadaan rentung selepas kerja-kerja mengalihkan lori tersebut dilakukan dan operasi ditamatkan pukul 1 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Bernama



Sumber Lori terjunam ke gaung 90 meter, pemandu rentung

Related Posts :

0 Response to "Lori terjunam ke gaung 90 meter, pemandu rentung"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.