Syarikat IBM atau nama penuhnya ‘International Business Machines Corporation’ merupakan syarikat teknologi multinasional yang menguruskan organisasi.
Berpengkalan di Amerika Syarikat, IBM telah wujud sebelum syarikat gergasi terkenal yang lain seperti Apple dan Microsoft lagi dan masih lagi menjadi syarikat peneraju teknologi di seluruh dunia.
Ibu pejabat mereka terletak di Armonk, New York dan mereka merupakan pakar dalam perkakasan, perisian komputer serta teknologi IT sehingga kini.
#1-Bagaimana IBM Bermula.
Sejarah IBM bermula pada tahun 1889 apabila seorang ahli statistik, Herman Hollerith yang berbangsa Jerman Amerika memperolehi paten bagi satu mekanisma eletrik yang telah dimajukannya
Ia membolehkan data peribadi dienkod dan disimpan secara bernombor dalam lajur di kad tebuk.
Mesin ini kemudiannya digunakan pada tahun 1890 bagi tujuan membanci di Amerika Syarikat dan ternyata ia membantu menjimatkan masa membanci yang selalunya mengambil masa 7 tahun kepada dua tahun setengah sahaja.
6 tahun kemudian, dia telah menubuhkan syarikat Tabulating Machine dan kemudiannya menjadi pembekal dan penyewa mesin kad tebuk kepada sektor-sektor banci dan syarikat insuran.
#2-Penjenamaan Awal IBM.
Pada awalnya, nama syarikat IBM adalah CTR iaitu akronim kepada ‘Computing Tabulating Recording Company’.
Pada ketika itu mereka menggabungkan 3 buah syarikat yang berbeza iaitu syarikat Tabulating Machine, syarikat Computing Scale dan syarikat International Time Recording.
Penggabungan syarikat ini bermula pada tahun 1911, di Endicott, sebuah kampung kecil di Amerika Syarikat.
Gabungan ketiga-tiga syarikat membentuk ‘Computing Tabulating Recording Corporation’ yang kemudiannya berjaya menjadikan IBM semakin berkembang kukuh dan terkenal.
Nama syarikat CTR telah ditukar kepada IBM bermula pada tahun 1924.
#2-IBM Diterajui Oleh Pemimpin Yang Berkaliber.
Perkembangan IBM yang pesat diterajui oleh kepimpinan mantan CEO mereka iaitu Thomas J Watson.
Watson telah memimpin IBM dari tahun 1914 sehinggalah pada tahun 1956.
Watson telah berjaya mengapungkan syarikat di Bursa New York pada tahun 1916.
Malah, semasa kepimpinannya, IBM berjaya menguasai pasaran dalam negeri dan luar negara bagi sistem mesin penjadualan dan sistem penjagaan masa.
Mereka juga berjaya mendapatkan kontrak daripada Akta Keselamatan Sosial AS 1935 untuk mengendalikan data pekerjaan bagi 26 juta orang pada ketika itu.
Ia merupakan operasi perakaunan terbesar yang mereka berjaya dapatkan pada ketika itu.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1956 dan dikenang sebagai usahawan yang paling berpengaruh pada ketika itu.
Sepanjang kewujudan organisasi ini dalam industri, IBM telah mengalahkan ramai pesaing-pesaingnya di dalam industri.
Pada tahun 2011, IBM telah mengalahkan syarikat Microsoft dengan nilai tahunan syarikat sebanyak 214 billion dolar berbanding Microsoft yang dianggarkan bernilai 213.2 billion pada penutup tahun tersebut.
Mereka kini mempunyai pekerja seramai 435,000 di seluruh dunia merupakan syarikat kedua yang mempunyai pekerja yang paling ramai di dunia sebagaimana yang direkodkan oleh Fortune.
Syarikat IBM merupakan antara syarikat yang paling banyak membuat kajian, memiliki paten terbanyak, memenangi pelbagai anugerah dang pengiktirafan di pelbagai peringkat dalam tempoh 20 tahun berturut-turut.
Antara rekaan inovasi terhebat mereka yang mungkin anda tidak sedar telah banyak membantu kita adalah mesin pengeluaran wang (ATM), cakera padat, pemacu keras dan banyak lagi.
ThinkPad kepunyaan syarikat Lenovo juga pada asalnya adalah kepunyaan mereka sebelum dijual pada tahun 2005.
Beberapa dekad yang lalu, syarikat ini merupakan raja dalam revolusi dan inovasi teknologi dalam bidang pengkomputeran dan perisian.
Mereka menguasai dan memonopoli pasaran dan menghasilkan banyak produk seperti pengkalan data simpanan, prosesor mikro, alat penyimpan memori, Xbox 360, Sony PS3 dan banyak lagi.
Kebanyakan syarikat elektronik menggunakan peralatan yang dicipta oleh IBM untuk melancarkan operasi syarikat mereka.
#3-Syarikat Yang Mementingkan Kebajikan Pekerja.
Syarikat IBM dikenali sebagai syarikat yang mempunyai cara yang unik dalam menguruskan pekerja dari dahulu sehingga kini.
Ia merupakan syarikat pertama yang memulakan konsep insuran hidup pekerja secara berkumpulan.
Selain itu, mereka turut memperkenalkan kelebihan-kelebihan untuk pekerja lain seperti elaun sara hidup, elaun percutian dan lain-lain lagi bermula pada tahun 1935.
Mereka sentiasa memastikan semua pekerja dilayan secara adil dan saksama dan turut berkempen bagi mengalakkan budaya anti-diskriminasi dalam syarikatnya dan turut mendidik masyarakat umum.
#4-IBM Selepas Proses Penjenamaan Dan Pengambilalihan.
Setelah melalui proses penjenamaan, IBM telah menggunakan logo baharu dengan 8 garisan yang direka oleh Paul Rand pada tahun 1972.
Ini adalah antara kenapa IBM turut dikenali sebagai ‘Big Blue’ kerana penggunaan warna biru dalam logo, produk dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan IBM merupakan syarikat IT gergasi terbesar di dunia dan dikenali di segenap rantau.
Mereka juga terkenal kerana mempunyai strategi pemasaran yang unik. Banyak teknologi yang kita guna pakai sebagai pemudah cara adalah hasil inovasi dan usaha IBM yang penuh dedikasi.
Banyak lagi pencapaian yang telah dilakukan oleh anaknya Watson Jr. bersama IBM dan dia disifatkan sebagai kapaitalis yang berjaya.
Mereka masih meneruskan falsafah Watson Snr dan kekal menjadikan ‘THINK’ sebagai moto IBM yang tercatat di hampir mana-mana bahagian dalam syarikat itu snediri termasuklah pada buku nota pekerjanya.
Watson Jr. mengambil alih syarikat sebagai CEO bermula pada tahun 1956. Pada tahun 1967, dia memindahkan ibu pejabat IBM dari Austin ke Texas.
Naik turun IBM dalam industri telah berlaku dalam tempoh beberapa dekad ini. Pada tahun 1973, paten IBM terhadap computer digital tamat tempoh sekaligus menamatkan monopolinya terhadap pasaran perkakasan computer dan lain-lain.
Bagi kekal bersaing secara kompetetif dengan syarikat lain, IBM melancarkan PC pada tahun 1981. Komputer peribadi IBM pertama dijual pada harga 1,500 dolar pada tahun yang sama.
Walaupun ia kelihatan agak ketinggalan berbanding Apple dan Microsoft, mereka masih berhasil membuat keuntungan.
Pada tahun 1993, mereka mengalami kerugian sebanyak 5 billion dolar. Ternyata pertukaran beberapa orang sebagai pengurusan tertinggi IBM tidak membantu syarikat untuk lebih maju sebaliknya semakin mundur.
Namun hal ini berubah dengan pelancaran komputer riba Thinkpad yang sangat laris berbanding komputer riba keluaran Apple.
Mereka kembali mengaut keuntungan dalam pasaran dalam satu tempoh sebelum dikalahkan kembali oleh rekaan inovasi komputer riba syarikat lain.
Pada tahun 2005, IBM telah menjual perniagaan PC mereka kepada Lenovo Group milik China dengan syarat mereka memperoleh 19 % saham syarikat tersebut.
Dikatakan, ambil alih syarikat dia antara kedua-dua negara besar ini telah menukarkan Big Blue kebanggaan Amerika kepada Big Red yang menjadikan China semakin berkuasa di barat melalui revolusi teknologi.
IBM pula dilihat sedang merealisasikan matlamat baharu syarikat mereka iaitu memberikan tumpuan kepada superkomputer dan penyelesaian perniagaan.
Sumber IBM;Syarikat Gergasi Teknologi Kebanggaan Amerika Syarikat
0 Response to "IBM;Syarikat Gergasi Teknologi Kebanggaan Amerika Syarikat"
Post a Comment