Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal

BINTULU: Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas 36 daripada 63 pintu Rumah Panjang Nyipak, Jalan Sebauh Pandan, di sini, musnah malam tadi.

Kejadian disedari penghuni jam 9 malam sebelum menghubungi bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.21 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, api marak dengan cepat kerana sebahagian besar struktur rumah panjang berkenaan dibina menggunakan kayu.

"Rumah panjang berkenaan keseluruhannya didiami 406 penghuni namun kebakaran menyebabkan lebih 200 hilang tempat tinggal.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku di rumah kesembilan sebelum merebak ke bahagian lain di rumah panjang berkenaan," katanya, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian semua penghuni sempat menyelamatkan diri namun kebanyakkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Katanya, operasi pemadaman juga dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebauh selain polis dan Klinik Kesihatan Sebauh membantu menguruskan penghuni yang terjejas.

"Pasukan forensik kebakaran akan dipanggil ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa," katanya.



Sumber Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal

Related Posts :

0 Response to "Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.