25 jenama sertai Pameran Automotif Singapura 2018

PAMERAN Automotif Singapura 2018, acara permotoran terbesar Singapura yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pada 11 hingga 14 Januari lalu terus memperlihatkan saingan antara pengeluar automotif terkemuka untuk memperkenalkan pelbagai model baharu yang dijangka memasuki pasaran tahun ini.

Acara tahunan itu kali ini membariskan 25 jenama automotif yang memperkenalkan sebanyak 26 model baharu terdiri daripada Audi, BMW, Citroen, Honda, Hyundai, INFINITI, ISUZU, Kia, Land Rover, Lexus, Maxus, Mazda, Mitsubishi, Peugeot, Porsche, SEAT Subaru, Volkswagen dan Volvo.

Malah, Subaru turut melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) Outback dan XV baharu yang dikatakan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Selain itu, Subaru turut memperkenalkan teknologi bantu pemanduannya yang dinamakan Subaru EyeSight, dicipta khas untuk meningkatkan keselamatan khususnya dari segi pemanduan.

Volkswagen perkenal Arteon

Pada pameran itu, Volkswagen memperkenalkan model Arteon yang dikatakan hasil ciptaan gabungan antara kereta sedan dan sport.

Ditawarkan dengan enjin 2.0 TSI, terdapat dua peringkat kemasan yang ditawarkan iaitu R-Line dengan rim Montevideo 19 inci atau R-Line rim Rosario 20 inci.

KUALA LUMPUR 23 JANUARI 2018. ( UNTUK BH AUTO ) Volkswagen Arteon.EMAIL

Enjin yang memacu jentera itu pula mampu menghasilkan kuasa 280 (PS) dan 350 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4Motion.

Hasilnya, ia mampu mencatatkan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j)  dalam masa 5.6 saat. Ia turut dilengkapi Dynamic Chasis Contorl (DCC) yang menawarkan lima mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Comfort, Sport dan Individual.

Selain itu, ia juga didatangkan lampu LED di depan dan belakang, stereng balutan kulit, tempat duduk kulit Nappa dengan kemasan ala gentian karbon, bumbung panoramik, Paparan Info Aktif 12.3 inci, skrin sentuh 9.2 inci serta sistem audio Dynaudio dengan 12 pembesar suara dan amplifier digital 12 saluran.

Kia tawar Stinger

Kia juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan model SUV, Stinger, yang ditawarkan menerusi dua varian iaitu 2.0 liter enjin petrol dan varian kebanggaannya 3.3 liter twin turbo V6.

Varian 3.3 liter itu dikatakan kenderaan buatan Kia yang mencatatkan pecutan tertinggi pernah dihasilkan dengan kelajuan maksimum 270 km/j serta mampu memecut 0 hingga 100 km/j dengan catatan masa 4.9 saat.

Mazda juga memperkenalkan SUV, CX-9 yang tampil dengan rekaan segar berbanding model terdahulunya.

Dikuasakan enjin 2.5T SKYAKTIV-G, SUV terbabit sememangnya terkenal dengan keluasan pada bahagian dalamannya yang mampu menempatkan tujuh tempat duduk.

Mitsubishi pula memperkenalkan Eclipse Cross, SUV 1.5 liter turbocharge yang menyertai keluarga SUV Mitsubishi di samping ASX Outlander dan Outlander PHEV.

Nissan memperkenalkan LEAF, evolusi kepada kenderaan elektrik daripada pengeluar automotif Jepun itu.

KUALA LUMPUR 23 JANUARI 2018. ( UNTUK BH AUTO ) Honda Civic Type R.EMAIL

Pada masa sama, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk melihat kebanggaan Honda, Civic Type R yang menerapkan DNA perlumbaan dalam kereta kegunaan harian.

Didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocharge, ia mampu menghamburkan 306 hp dipadankan kawalan mantap serta gaya yang lebih 'garang' berbanding model sebelumnya.

Pengeluar lain yang turut menjadikan Pameran Automotif Singapura 2018 sebagai medan memperkenalkan model baharu Citroen dengan C3 Aircross, Hyundai IONIQ Electric, INFINITI Q50, BMW X3 dan X3 M40i, Peugeot 5008, Volvo XC40 dan Porsche Panamera Sport Turismo.

INFO
Pameran Automotif Singapura 2018

  • Berlangsung 11 hingga 14 Januari 2018
  • Diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec
  • Lebih 200 kereta dipamerkan
  • 25 pengeluar automotif memperkenalkan model baharu


Sumber 25 jenama sertai Pameran Automotif Singapura 2018

Related Posts :

0 Response to "25 jenama sertai Pameran Automotif Singapura 2018"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.