Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

PELAKON Johan As'ari menyedari bahawa menjadi seorang selebriti sudah pasti akan melalui fasa pasang surut dalam setiap kerjaya yang diceburi.

Namun Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 31, berkata dia tidak pernah mencari sesuatu tawaran namun ia datang sendiri.

Malah, pelakon Juvana ini mengakui rezeki dalam lakonan tidak pernah putus sepanjang tujuh tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

"Saya tak pernah cari kerja tapi tawaran yang datang sendiri. Alhamdulillah, selama tujuh tahun dalam bidang lakonan, rezeki tak pernah putus.

"Namun saya percaya seorang selebriti itu ada pasang surutnya. Tapi apabila tak ada tawaran, saya akan penuhkan masa terluang dengan perkara lain.

"Walaupun tak ada kerja, tapi kena ada sesuatu yang bagus saya perlu buat. Bukan hanya membuang masa sahaja," kata Johan.

Dalam pada itu, Johan bakal menuntut ilmu dan kemahiran di madrasah milik Datuk Ustaz Kazim Ilias yang terletak di Manjung, Perak selepas tamat penggambaran drama terbarunya.

Menurut Johan, dia akan berada di sana sekurang-kurangnya selama tiga bulan dan rakan baiknya, Iqram Dinzly juga seperti ingin turut serta bersama.

"Selesai penggambaran drama terbaru, saya akan pergi belajar dekat sekolah madrasah milik Datuk Ustaz Kazim Ilias di Manjung perak.

"Insya-Allah dalam bulan lima atau empat dan saya akan belajar di sana sekurang-kurangnya tiga bulan. Nanti saya akan belajar lebih tentang motivasi dan cara berkomunikasi dengan betul.

"Iqram pun macam ada ura-ura nak ikut sekali sebab rumah dia dekat saja dengan tempat itu," ujarnya



Sumber Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

Related Posts :

0 Response to "Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.