
Elyana menerusi video yang dimuat naik di InstaStory meminta golongan tersebut agar menghormati hak orang lain atau boleh berhenti daripada mengikuti Instagramnya.
Malah bekas peserta program Gegar Vaganza itu menyeru agar 'haters' menghantar mesej peribadi kepadanya jika ingin menasihati tentang sesuatu perkara.
"Korang (kau orang) yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.
"Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, menggelegak dan menggeletar sangat nak nasihatkan orang tolong DM (direct message).
"Jangan kurang ajar sangat!," katanya.
Elyana memuat naik video itu dipercayai selepas tidak tahan menjadi mangsa kritikan netizen yang mempersoalkan penampilannya yang tidak berhijab sehingga mengaitkan penyakit kanser dihidapinya.
Dalam pada itu, Elyana sebelum itu turut memuat naik beberapa status di InstaStory memberitahu sebagai manusia dia boleh bersabar namun ia mempunyai had.
"Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.
"Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung.
"Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab," tulisnya.
Sumber Jangan Kurang Ajar! - Elyana
0 Response to "Jangan Kurang Ajar! - Elyana"
Post a Comment