Elfira dan Suhaimi mengikat tali pertunangan Oktober lalu dan merancang mendirikan rumah tangga pada tahun ini. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 17 Feb — Mengikat tali pertunangan 6 Oktober lalu, namun ikatan pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi kini terputus.
Perkara itu disahkan ibu pelakon tersebut Filzah Yusoff, yang menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri, lapor Berita Harian.
Enggan mengulas lanjut perkara itu, wanita tersebut menyifatkan jodoh pasangan itu tidak panjang dan sudah ketentuan Tuhan.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat,” katanya.
“Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya termasuk dalam hal membabitkan jodoh.”
Pada masa yang sama, Filzah mendoakan anaknya dijodohkan dengan “lelaki jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga”.
Spekulasi mengenai status hubungan mereka, yang dirancang bakal disatukan bulan depan, diperkatakan sejak Disember lalu.
Sementara itu pelakon telefilem “Di Sebalik Kasyafmu” berkata orang ramai boleh berkata dan membuat spekulasi walau tidak mengetahui cerita sebenar.
“Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan,” coret Elfira dalam Instagramnya semalam.
“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik.”
Sumber Elfira Loy, Sufian Suhaimi sah putus tunang
0 Response to "Elfira Loy, Sufian Suhaimi sah putus tunang"
Post a Comment